Wednesday 11 July 2012

107: MISTERI BAGAN LALANG.....


Tarikh 10:7, menaiki kete bernombor 707, bertolak dari rumah beralamat no 10 jalan 7, menuju ke destinasi makan yang memberikan seribu kejutan!!! 

 
Semalam, 10 Julai aku kepingin nak makan kat Bagan Lalang.  Dah lama duk mengidam ikan bakar kat tepi padang tu.  Keenakan ikan bakar dan sambal kicap dia memang mengancam, ditambah pulak dengan udang goreng tepung yang meletup!!  Jadi tepat jam 5.30 petang aku bergerak ke Bagan Lalang menaiki kereta kawan aku yang bernombor 707.  Nombor tu pun dulu aku yang pilih.  Hehehe.  Saja memang suka dengan nombor 7 walaupun nombor tu tak ada bawak tuah apa-apapun kat aku.  Kalau bertuah sangat dah lama pemakai jersi no 7, Ronaldo masuk pinang aku.  Wakakaka

Bagan Lalang ni sebenarnya tak berapa jauh dari Nilai.  Ikut je jalan ke arah Sepang, sampai ke pekan Sepang tu ada jalan bercabang dua, cuma ikut ke arah Banting di sebelah kanan.  Kalau ke kiri akan pergi ke Port Dickson.  Dari Nilai cuma amik masa 45 minit jer, itupun dengan kelajuan yang amat sederhana kerana jalan lamani banyak lori bawak muatan berat dan terpaksa ikut bontot dia.  Nak potongpun payah gak sebab kete banyak dan jalan bengkang bengkok.  Tapi jalan petang-petang kat sini memang menarik sebab boleh nampak perkampungan, boleh nampak monyet yang duk berlari atas kedai runcit, nampak kambing dan kehijauan pokok-pokok hutan.  Cumanya memasuki ke arah bagan Lalang tu dah banyak rumah-rumah banglo setingkat yang mengambil tempat. 

Hampir jam 6.30 kita orang sampai ke Bagan Lalang dan alangkah kecewanya sebab kedai ikan bakar kat tepi padang tu tutup pulak.  Nak tak nak kita orang terpaksa cari kedai makan yang baru dan menyusur pantai yang agak indah pemandangannya di waktu petang.  Mula-mula ingat nak jugak bawak anak pijak pasir, tapi sebab kedai makan masih tak jumpa, kita orang pusing-pusing dulu.

Akhirnya kami memilih kedai makan yang hampir dengan Pasar Nelayan Pantai Bagan Lalang.  Tak pernahpun makan dekat sini.  Dulu pernah gak pekena ikan bakar kat atas paya bakau di restoran yang paling hujung.  Pun hampir dengan Pasar Nelayan ni, tapi bagi tekak aku, tak berapa nak sedap.  So aku pilih kedai makan yang baru ni.  Lagipun masatu aku tengok ada ramai orang gak dan persepsinya pastilah sedap.  

Pemandangan dari sini memang menarik berbanding kedai makan yang dekat padang tu.  Boleh nampak laut dan Sepang Golden Palmtree Water Villa yang popular tu.  Kalau naik kapalterbang balik ke klia waktu malam boleh la nampak dari udara bentuk pokok kelapa sawit bercahaya terapung di atas laut.  Memang cantik dan amat membanggakan.  Dan kalau rajin tunggu matahari terbenam, pemandangannya memang menakjubkan dari sini.


Tapi kali ini aku datang memang semata-mata nak makan, bukan nak jiwang karat tengok matahari terbenam.  Kami order ikan siakap bakar, udang goreng tepung, sotong bakar dan 2 ekor ketam masak cili.  Ni gambar ikan siakap dan udang goreng tepung.  Yang lain-lain tak sempat nak ambik sebab sampai jer makanan terus ngap!  Lupa nak tangkap gambar.  Hehehe. 



 
Rasa semua makanan kira boleh tahanla.  Cuma yang terbaik ialah ikan siakap bakar.  Itu yang paling enak!  Sambal kicap tidak seenak di kedai tepi padang, apa lagi nak dibandingkan dengan restoran di Umbai, Melaka!  Memang rasa tak puas makan ikan bakar tu.  Belum habis makan aku dah mengidam pulak nak makan ikan bakar kat Umbai.  

Cuma restoran ini menarik dan menang dari segi lokasinya yang paling hampir dengan laut.  Restorannya agak lapang dan kemas teratur.  Pelanggan pun ramainya boleh tahan.  

Dan sewaktu membayar harga makanan, aku sedikit terperanjat. Bukan sebab harganya yang mahal tapi jumlahnya yang sepadan dengan nombor 7!  Keseluruhan harganya ialah RM107.70!!  Satu lagi kebetulan yang melampau!  No 7 dan no 10!  Tapi aku suka!  

Sebenarnya tak ada misteripun, saja buat gempak biawak jer.....Hahahaha.  Jangan marah.  Jom makan kat Umbai nak?