Thursday 4 October 2012

PORT STEPHENS: MELUNCUR DI PADANG PASIR AUSTRALIA!


 aku & aezie sedang meluncur turun....takutnyer!!!!
 
Padang pasir di Australia?  Biar betul?  Panas ke?  Ada Sand Boarding lagi!  Boleh pulak memandu Quad Bike kat pepasir tuu!  Sesiapa yang pergi ke Sydney, tapi tidak pergi ke Port Stephens, umpama makan nasi tak berlauk.  Macamtu lah dia punya perumpamaan melampau aku.  Hehe.          

Port Stephens ni berada di utara Sydney.  Kalau naik train makan masa 4 jam lebih.  Itu tak termasuk pulak dari train station nak ke Nelson Bay, tempat padang pasir tu.  Dulu semasa kali pertama aku datang ke Sydney tahun 2005, aku cuba pergi dengan train.  Apa yang berlaku ialah, sampai jer kat Port Stephens, aku dinasihatkan oleh driver bas dekat situ supaya berpatah balik ke Sydney, atau bermalam di Port Stephens.  Sebabnya kalau pergi jugak ke Nelson Bay tu dan melakukan aktiviti di situ akan makan masa dan tak sempat nak catch last train.  Masatu satu haram tak bawak apa, nak tidur camana.  Nak tak nak, terpaksa patah balik naik train yang sama dan makan masa 4 jam lagi!!  Bodoh punya kerja!





Jadi kali ini aku dan kawan aku Hana bertekad untuk cari jalan lain ke Port Stephens.  Masalahnya dah sampai ke Blue Mountain baru nak fikir camana nak pergi ke Port Stephens.  Masa kat Malaysia tak pulak study dulu.  Perangai Melayu tu terbawak-bawak.  Hehehe.  Nasib baik Hana teruskan pencarian kat internet dan baca pelbagai blog orang yang pernah pergi ke sana dari Sydney.  Akhirnya kita orang tak ada pilihan.  Kena gak ikut 1 day tour menaiki bas dari Sydney yang memakan masa 2 jam setengah.  Tapi dia punya fee cekik darah gak.  Untuk kami bertiga hampir RM1,500!  Maknanya RM500 sorang.  Haru tul!  Tapi itulah yang paling murah dan mudah sebab dia orang akan ambik kami terus dari hotel.

Jam 7.00 pagi kami diambik menggunakan van dan dibawa ke satu stesyen bas.  Kami diminta untuk menaiki bas APT (Australian Pacific Touring) yang akan membawa kami ke Port Stephens.  Di situ kami berjumpa dengan dua keluarga Melayu yang turut sama di dalam penerbangan 2 hari lalu.  Tapi kami sekadar berbalas senyum.  Tak ada lah pulak nak tanya dari mana dan nak ke mana.  Gitulah orang Melayu sekarang nie termasuk aku....Hilang sifat peramah.  Yang ada sifat pemarah.  Huhuhu

inilah bas yg bawa kami ke port stephens


Sebelum ke Port Stephens, kami berhenti di Australian Reptile Park.  Kat sini kami beramah mesra dengan Kangaroo, Koala, Kura-kura gergasi  dan binatang lain yang kurang glemer.  Aezie macam tak nak balik bila dapat pegang dan bagi makan kangaroo.  Dengan koala yang tidur jer tu dia tak ghairahla sangat.  Kami diberi masa 45 minit di sini sebelum bertolak semula ke Port Stephens




Sampai di Port Stephens dalam pukul 11 pagi.  Kami diberi masa 1 jam sebelum menaiki cruise untuk melihat Dolphin.  Pemandangan kat sini sungguhla menakjubkan.  Tengok kapal yang berlabuh, air yang membiru, ikan-ikan yang bermain dan burung camar yang sentiasa kelaparan.  Pehhh... rasa tak nak balik! 

Untuk mengisi perut kami makan di sebuah cafĂ© yang mengadap ke laut.  Kami makan barramundi bakar dan kek.  Tak lah sedap sangat barramundi bakar tu.  Kalau dekat Bagan Lalang atau dekat Umbai, Melaka, dah tentu-tentu sedap dan murah meriah!!  Tapi ini kat Port Stephens.  Telan jer laa....

 



Kami kemudiannya menaiki cruise ‘Moonshadow’ yang agak besar.  Ada ruang makan yang amat selesa.  Cruise ni 3 tingkat dengan tingkat atas yang terbuka untuk menyaksikan pemandangan laut yang lebih menyeluruh.  Aku teruja jugaklah nak tengok ikan dolphin melompat-lompat.  Tapi hempeh.  Adala sekor dua, itupun jauh dan taklah nampak jelas manapun.  Katanya kat situ ada 150 ekor dolphin.  Tapi lebih sejam menunggu, adala nampak 4, 5 ekor.  Kalau seminggu lagi kami berada di situ, kami berpeluang melihat ikan paus kerana musim untuk dia datang ke pantai itu adalah pertengahan Mei.   



Selepas satu setengah jam di laut, kami balik ke jeti dan menaiki bas semula untuk aktiviti yang lebih menarik.  Sand boarding!  Hanya 10 minit dari Nelson Bay, kami melihat hamparan padang pasir yang sungguh menakjubkan.  Di sini merupakan padang pasir yang terluas di Australia dengan keluasan 4200 hektar!  Untuk merentasi padang pasir ini kami menaiki bas 4wd.  Ada pelancong yang menaiki unta dan suasananya umpama berada di padang pasir sahara!Menaiki 4wd ni buat aku hampir terlambung ke bumbung bas!  Jalannya amat teruk dan driver bas sengaja bikin susah untuk buat penumpang terjerit-jerit dan terlambung.   


 
Tapi sebaik sahaja sampai ke lokasi yang dituju, kami semuanya amat teruja.  Dari jauh kami sudah nampak pelancong meluncur dari ketinggian 40 meter.  Dan ada peluncur yang jatuh tergolek.  Semuanya buat kami sedikit gementar.  Kami diajar bagaimana untuk meluncur dan dalam kes aku yang perlu bawak Aezie duduk sekali di papan luncur, ianya lebih mencabar. 

Pertama kali nak meluncur tu, kecut jugak perut aku.  Macam sayup jer nampak orang kat bawah.  Tapi aku kuatkan jugak semangat.  Apa lagi Aezie yang tak sabar-sabar nak meluncur.  Dia tahu apa pasal mati?  Huhuhu.  Tika duduk di papan luncur, debaran Jantung semakin kencang.  Rasa nak batal jer misi mengarut nie.  Tapi fikir balik, kalau jatuhpun pasti tak teruk sangat sebab semuanya pasir yang lembut.  Lebih baik meluncur di atas pasir dari meluncur ais yang keras dan boleh buat kita patah riuk.  Dengan bacaan bismillah, maka meluncurlah aku dengan agak lajunya sambil ke dua-dua tangan mencengkam pepasir di belakang.  Zupppp!!!  Dan dalam sekelip mata jer, aku dah sampai kat bawah!  Laaaa.... tak ada apapun!  



Walaupun begitu ianya amat menyeronokkan.  Pasirnya sejuk dan halus sangat.  Best giler.  Cuma aku tidak mampu untuk mendaki setinggi 40 meter berkali-kali untuk meluncur.  Apa lagi nak naik tu bukan guna jalan yang betul, tapi atas pasir yang buat kaki tenggelam.  Mana nak boleh mendaki pantas.  Dengan masa yang amat terhad, dapatlah aku meluncur sebanyak 3 kali je.  Jadi la.....

Dan inilah pengalaman yang amat menarik untuk aku di Australia.  Menyaksikan dolphin dan meluncur di padang pasir Sand Dunes di Port Stephens!   Seronok.  Memang seronok.