Tuesday 2 April 2013

ULEK BEACH RESORT, DUNGUN

Percutian aku ke Pantai Timur diteruskan sejak dari pagi 25 Mac, 2013 lagi. 4 hari di KELANTAN dan selebihnya aku pilih pulak Dungun sebab Dungun nie tengah-tengah jaraknya antara Kelantan ke Nilai.  Jadi nanti, bila balik taklah jauh sangat macam masa nak pergi ke Kelantan yang amik masa 10 jam dari Nilai termasuk berhenti rehat. 

Dari Pasir Puteh amik masa 4 jam jugak untuk sampai ke Dungun. Sepanjang jalan banyak aku nampak masjid yang cantik-cantik senibinanya. Salah satu darinya Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh. Masjid ni dibina daripada kayu. Dulu namanya Masjid Kayu sebelum ditukar pada Masjid Ulul Albab. 90% bahannya adalah dari kayu cengal dan nyatuh dan pembinaannya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Memang cantik! Camanapun aku tak sempat masuk ke dalam. Cuma tengok dari luar je.


Kita orang kemudian berhenti kat Kuala Terengganu dan masuk ke perkampungan Losong, tempat yang popular dengan keropoknya. Bukan tahu sangat jalannya, cuma redah je. Sebaik masuk je ke area Losong tu, aku ternampak ada banyak kedai buat keropok. Kami singgah kat kedai Warisan Losong 14 untuk pekena keropok lekor panas. Pada mulanya ingat nak terus beli keropok keping. Tapi bila tengok kat kedaini, macam dia orang amik keropok keping dari tempat lain pulak. So tak jadilah beli. Sekadar makan dan minum je lah kat sini.



  
Memang sedap dan terasalah dia punya ikan tu. Kira dapatlah merasa keropok lekor Losong di Losong. Hehehe.

Pastu kita orang menuju ke Masjid Kristal. Dah lama niat nak datang tengok dari dekat, tapi tak kesampaian. So dalam jam 1.40pm tu kita orang tiba kat Masjid Kristal. Masjid Kristal ni terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam. Dibina di atas air dari kaca dan keluli. Memang dari jauh nampak bersinar-sinar disimbahi cahaya matahari. Cantik dan mengkagumkan. Cuma aku sedikit terkilan dengan bilik air yang disediakan yang diletakkan sebelum masuk ke masjid tu. Toiletnya memang kotor dan seolah tidak terjaga dengan baik. Akupun heran gak, macammana tempat yang sebegini hebat, toiletnya meloyakan?  Sebelum tu aku pergi jugak ke toilet Taman Tamadun Islam tu. Toilet yang pertama ditemui, kotor, rosak dan busuk. Ada sorang akak tu tetiba menjerit bila masuk toilet sebab katanya dalam lubang toilet ada anak biawak. Biar betul kak?? Aku langsung tak jadi nak buang air kat situ. Pergi pulak ke toilet ke dua. Pun lebih kurang sama. Cuma ada satu yang ok sikit, itupun terpaksa tahan perasaan mual. Nak tak nak masukla jugak. Ingatkan kat Taman Tamadun Islam tu je yang macamtu, rupanya kat Masjid Kristalpun lebih kurang sama gak. Heran heran! Kononnya tempat pelancongan. Itu tak kisahlah lagi, tapi bila dikatakan Tamadun Islam dan Masjid Kristal yang melambangkan kehebatan Islam, tapi kebersihan tidak dijaga, bagi aku, ini amat memalukan dan menyedihkan. Luaran nampak cantik, tapi dalaman busuk dan hanyir! Pehhh marah tul aku kan? Memang marah pun. Sakit hati. Keluarlah budget sikit untuk pastikan toilet terjaga dengan baik dan ada pencuci sepanjang masa.


Camana bengang sekalipun, gambar tetap amik gak!  Hehehe. Kami siap minum kat Kiosk Masjid ditepi tasik. Angin memang kuat sekalipun masatu panas terik. Kira ok la kat situ.

Selepastu kami beredar menuju ke Dungun. Dalam perjalanan singgah pulak di Rantau Abang. Amik gambar Penyu dan minum pulak di gerai tepi laut. Sampai kat Dungun, kawan aku Hana nak bernostalgia pulak untuk bergambar kat sekolah lama dia di Sek Men Sains Dungun. Kul 5 petang lebih kurang, barulah kita orang sampai ke Ulek Beach Resort. 

Ulek Beach Resortni terletak kat tepi pantai mengadap Laut Cina selatan. Le tour De Langkawi pun lalu kat depan resort baru-baru nie. Jalannya memang cantik dan mendamaikan. Ianya terletak di Pantai Sura dan berdekatan dengan UiTM Dungun. Resort ni kecik jer, tapi ada citarasa yang baik. Kebetulan pulak lelaki yang menyambut kedatangan kamitu orang Nilai! Tak sangka pulak. Tapi dia dah keje lama kat sini sebab wife dia orang Terengganu dan mengajar kat sini. 



Aku sebenarnya sukakan dekorasi dan konsep ruang makan kat Resort ni. Ruang makan dia kecik jer tapi dia orang pandai bermain dengan ruang. Satu dewan tu dinamakan Bilik Santapan Dara Rupawan, dan satu lagi Dewan santapan Bujang Terlajak. Makanannya tak banyak manapun. Cuma dia letak kat tempat yang klasik. Ada kuih Melayu, ada roti bakar, teh dan kopi, ruang telur, mee/ meehun. Boleh la. Cuma hari ke dua tu aku rasa semua kuih Melayu dia keras kematun. Langsung hilang selera nak makan. Tak tahu apa masalah tukang masak tu! Mungkin tukang masak tu bujang terlajak kot....huhuhu

ni salah satu tempat letak kuih Melayu utk bfast


 

 


konsep rumah kampung di resort nie.

2 malam kat resort ni ok la. Lokasi dia menarik. Di sepanjang jalan ada satu tempat yang pokok dia ditanam berbaris-baris dan tersusun. Kata orang yang jaga resort nie, tempat nie selalu digunakan untuk amik gambar orang kahwin. Memangpun. Masa aku datang nak bergambar itupun ada satu kumpulan orang tengah amik gambar perkahwinan sepasang pengantin Melayu.

 
aku ngan aezie bergambar jangan tidak kat celah pepokok tuu...

Selepas tu kita orang lepak kat pantai. Pantainya ok, tapi takla bersih mana pun. Ombak agak kuat. Tak ramai yang mandi kat sini. Ada yang sekadar duduk lepak dan main layang-layang.



Kebetulan dah ada kat Terengganu, kamipun amik kesempatan untuk pergi ke Tasik Kenyir. Dah lama aku tak pergi kat sini. Last aku pergi rasanya tahun 2008. Itupun sebab ada projek. Cuma masatu aku tak boleh lupa sebab aku drive dari Nilai ke Tasik Kenyir, berhenti makan dan meeting dengan orang di Tasik tu dan patah balik ke Nilai. Aku memandu secara solo! Bertolak ke Tasik Kenyir jam 8 pagi dan sampai kat rumah aku jam 5 pagi! Bayangkan...Naik kejang semua lutut dan badan aku. Masa berhenti makan kat Kuantan, turun je dari kereta kaki aku tak boleh lurus! Itulah pengalaman giler memandu aku yang tak mungkin aku lakukan lagi selepas ini. 

Kembali semula ke perjalanan kali ini.... hehehe....Dari Dungun aku ikut jalan Jerangau, Ajil, Kuala Berang. Masa pergi tu berhentila makan sat kat satu restoran Kak Zah di Persimpangan Sekayu. Betul-betul tepi simpang. Lauk pauknya memang ada banyak pilihan. Ada jugak ikan bakar, nasi ayam. Aku amik nasi campur dan kebetulan apa yang aku amik tak begitu mengena dengan citarasa aku. 



Di Tasik Kenyir, kita orang ronda-rondalah disekitarnya. Akupun tak pernah lagi masuk ke Pusat Penerangan Kenyir. Rupanya kat dalam tu selain dari tempat dapatkan brochure dan bertanya, ada jugak aquarium yang menempatkan pelbagai jenis ikan yang ada kat dalam Tasik Kenyir. Boleh tahan besar gak ikan-ikan yang ada. Aezie memang suka tempat tu. Sambil memandang ke Tasik, kita orang minum teh tarik, abc dan makan goreng pisang sejuk kat salah sebuah gerai yang ada. Tak habis-habis makan dan minum je kan? Nak buat macammana dah itu kegemaran aku. Jalan dan Makan! Hehehehe.



Sepanjang kat Terengganu, cuma Tasik Kenyir je lah tempat lawatan kita orang. Masa nak balik tu aku sempat gak pergi cari telur penyu kat Pasar Besar Dungun. 10 biji RM50. Kat sini jugak aku beli keropok keping. Masa dalam perjalanan balik singgah pulak kat satu kedai lain kat tepi jalan yang jugak jual keropok. Kedaini ramai betul orang singgah membeli. Dia bukan jual keropok jer, tapi ada pelbagai jenis bubur yang dah siap diletakkan dalam tupperware. Ada jugak frozen food macam kuih muih semua. Ada satu pompuan tu dia beli keropok lekor sampai nak dekat RM300. Tak cukup tangan dia nak bawak. Mungkin dia nak berniaga kot. Cumanya kedai Keropok Seri Sura ni macam tak ada sistem. Orang dah memang ramai beratur, tapi nak bayar, tak ada orang yang nak ambik duit. Punyalah lama aku beratur. Mungkin dah banyak sangat duit kot, itu pasal dia tak kisah nak fikir macammana nak letak kaunter bayaran. 


Jadi, tamatlah perjalanan aku ke pantai timur selama 6 hari 5 malam. sepanjang cuti sekolah Mac, 2013! Sampai kat Nilai jam 5.30 petang. Malam tu aku tidur lena sangat...kepenatan dan sambil bermimpi untuk perjalanan seterusnya masa cuti sekolah May nanti....ke PERTH....InsyaAllah.