Tuesday 2 April 2013

ULEK BEACH RESORT, DUNGUN

Percutian aku ke Pantai Timur diteruskan sejak dari pagi 25 Mac, 2013 lagi. 4 hari di KELANTAN dan selebihnya aku pilih pulak Dungun sebab Dungun nie tengah-tengah jaraknya antara Kelantan ke Nilai.  Jadi nanti, bila balik taklah jauh sangat macam masa nak pergi ke Kelantan yang amik masa 10 jam dari Nilai termasuk berhenti rehat. 

Dari Pasir Puteh amik masa 4 jam jugak untuk sampai ke Dungun. Sepanjang jalan banyak aku nampak masjid yang cantik-cantik senibinanya. Salah satu darinya Masjid Ulul Albab Seberang Jerteh. Masjid ni dibina daripada kayu. Dulu namanya Masjid Kayu sebelum ditukar pada Masjid Ulul Albab. 90% bahannya adalah dari kayu cengal dan nyatuh dan pembinaannya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Memang cantik! Camanapun aku tak sempat masuk ke dalam. Cuma tengok dari luar je.


Kita orang kemudian berhenti kat Kuala Terengganu dan masuk ke perkampungan Losong, tempat yang popular dengan keropoknya. Bukan tahu sangat jalannya, cuma redah je. Sebaik masuk je ke area Losong tu, aku ternampak ada banyak kedai buat keropok. Kami singgah kat kedai Warisan Losong 14 untuk pekena keropok lekor panas. Pada mulanya ingat nak terus beli keropok keping. Tapi bila tengok kat kedaini, macam dia orang amik keropok keping dari tempat lain pulak. So tak jadilah beli. Sekadar makan dan minum je lah kat sini.



  
Memang sedap dan terasalah dia punya ikan tu. Kira dapatlah merasa keropok lekor Losong di Losong. Hehehe.

Pastu kita orang menuju ke Masjid Kristal. Dah lama niat nak datang tengok dari dekat, tapi tak kesampaian. So dalam jam 1.40pm tu kita orang tiba kat Masjid Kristal. Masjid Kristal ni terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam. Dibina di atas air dari kaca dan keluli. Memang dari jauh nampak bersinar-sinar disimbahi cahaya matahari. Cantik dan mengkagumkan. Cuma aku sedikit terkilan dengan bilik air yang disediakan yang diletakkan sebelum masuk ke masjid tu. Toiletnya memang kotor dan seolah tidak terjaga dengan baik. Akupun heran gak, macammana tempat yang sebegini hebat, toiletnya meloyakan?  Sebelum tu aku pergi jugak ke toilet Taman Tamadun Islam tu. Toilet yang pertama ditemui, kotor, rosak dan busuk. Ada sorang akak tu tetiba menjerit bila masuk toilet sebab katanya dalam lubang toilet ada anak biawak. Biar betul kak?? Aku langsung tak jadi nak buang air kat situ. Pergi pulak ke toilet ke dua. Pun lebih kurang sama. Cuma ada satu yang ok sikit, itupun terpaksa tahan perasaan mual. Nak tak nak masukla jugak. Ingatkan kat Taman Tamadun Islam tu je yang macamtu, rupanya kat Masjid Kristalpun lebih kurang sama gak. Heran heran! Kononnya tempat pelancongan. Itu tak kisahlah lagi, tapi bila dikatakan Tamadun Islam dan Masjid Kristal yang melambangkan kehebatan Islam, tapi kebersihan tidak dijaga, bagi aku, ini amat memalukan dan menyedihkan. Luaran nampak cantik, tapi dalaman busuk dan hanyir! Pehhh marah tul aku kan? Memang marah pun. Sakit hati. Keluarlah budget sikit untuk pastikan toilet terjaga dengan baik dan ada pencuci sepanjang masa.


Camana bengang sekalipun, gambar tetap amik gak!  Hehehe. Kami siap minum kat Kiosk Masjid ditepi tasik. Angin memang kuat sekalipun masatu panas terik. Kira ok la kat situ.

Selepastu kami beredar menuju ke Dungun. Dalam perjalanan singgah pulak di Rantau Abang. Amik gambar Penyu dan minum pulak di gerai tepi laut. Sampai kat Dungun, kawan aku Hana nak bernostalgia pulak untuk bergambar kat sekolah lama dia di Sek Men Sains Dungun. Kul 5 petang lebih kurang, barulah kita orang sampai ke Ulek Beach Resort. 

Ulek Beach Resortni terletak kat tepi pantai mengadap Laut Cina selatan. Le tour De Langkawi pun lalu kat depan resort baru-baru nie. Jalannya memang cantik dan mendamaikan. Ianya terletak di Pantai Sura dan berdekatan dengan UiTM Dungun. Resort ni kecik jer, tapi ada citarasa yang baik. Kebetulan pulak lelaki yang menyambut kedatangan kamitu orang Nilai! Tak sangka pulak. Tapi dia dah keje lama kat sini sebab wife dia orang Terengganu dan mengajar kat sini. 



Aku sebenarnya sukakan dekorasi dan konsep ruang makan kat Resort ni. Ruang makan dia kecik jer tapi dia orang pandai bermain dengan ruang. Satu dewan tu dinamakan Bilik Santapan Dara Rupawan, dan satu lagi Dewan santapan Bujang Terlajak. Makanannya tak banyak manapun. Cuma dia letak kat tempat yang klasik. Ada kuih Melayu, ada roti bakar, teh dan kopi, ruang telur, mee/ meehun. Boleh la. Cuma hari ke dua tu aku rasa semua kuih Melayu dia keras kematun. Langsung hilang selera nak makan. Tak tahu apa masalah tukang masak tu! Mungkin tukang masak tu bujang terlajak kot....huhuhu

ni salah satu tempat letak kuih Melayu utk bfast


 

 


konsep rumah kampung di resort nie.

2 malam kat resort ni ok la. Lokasi dia menarik. Di sepanjang jalan ada satu tempat yang pokok dia ditanam berbaris-baris dan tersusun. Kata orang yang jaga resort nie, tempat nie selalu digunakan untuk amik gambar orang kahwin. Memangpun. Masa aku datang nak bergambar itupun ada satu kumpulan orang tengah amik gambar perkahwinan sepasang pengantin Melayu.

 
aku ngan aezie bergambar jangan tidak kat celah pepokok tuu...

Selepas tu kita orang lepak kat pantai. Pantainya ok, tapi takla bersih mana pun. Ombak agak kuat. Tak ramai yang mandi kat sini. Ada yang sekadar duduk lepak dan main layang-layang.



Kebetulan dah ada kat Terengganu, kamipun amik kesempatan untuk pergi ke Tasik Kenyir. Dah lama aku tak pergi kat sini. Last aku pergi rasanya tahun 2008. Itupun sebab ada projek. Cuma masatu aku tak boleh lupa sebab aku drive dari Nilai ke Tasik Kenyir, berhenti makan dan meeting dengan orang di Tasik tu dan patah balik ke Nilai. Aku memandu secara solo! Bertolak ke Tasik Kenyir jam 8 pagi dan sampai kat rumah aku jam 5 pagi! Bayangkan...Naik kejang semua lutut dan badan aku. Masa berhenti makan kat Kuantan, turun je dari kereta kaki aku tak boleh lurus! Itulah pengalaman giler memandu aku yang tak mungkin aku lakukan lagi selepas ini. 

Kembali semula ke perjalanan kali ini.... hehehe....Dari Dungun aku ikut jalan Jerangau, Ajil, Kuala Berang. Masa pergi tu berhentila makan sat kat satu restoran Kak Zah di Persimpangan Sekayu. Betul-betul tepi simpang. Lauk pauknya memang ada banyak pilihan. Ada jugak ikan bakar, nasi ayam. Aku amik nasi campur dan kebetulan apa yang aku amik tak begitu mengena dengan citarasa aku. 



Di Tasik Kenyir, kita orang ronda-rondalah disekitarnya. Akupun tak pernah lagi masuk ke Pusat Penerangan Kenyir. Rupanya kat dalam tu selain dari tempat dapatkan brochure dan bertanya, ada jugak aquarium yang menempatkan pelbagai jenis ikan yang ada kat dalam Tasik Kenyir. Boleh tahan besar gak ikan-ikan yang ada. Aezie memang suka tempat tu. Sambil memandang ke Tasik, kita orang minum teh tarik, abc dan makan goreng pisang sejuk kat salah sebuah gerai yang ada. Tak habis-habis makan dan minum je kan? Nak buat macammana dah itu kegemaran aku. Jalan dan Makan! Hehehehe.



Sepanjang kat Terengganu, cuma Tasik Kenyir je lah tempat lawatan kita orang. Masa nak balik tu aku sempat gak pergi cari telur penyu kat Pasar Besar Dungun. 10 biji RM50. Kat sini jugak aku beli keropok keping. Masa dalam perjalanan balik singgah pulak kat satu kedai lain kat tepi jalan yang jugak jual keropok. Kedaini ramai betul orang singgah membeli. Dia bukan jual keropok jer, tapi ada pelbagai jenis bubur yang dah siap diletakkan dalam tupperware. Ada jugak frozen food macam kuih muih semua. Ada satu pompuan tu dia beli keropok lekor sampai nak dekat RM300. Tak cukup tangan dia nak bawak. Mungkin dia nak berniaga kot. Cumanya kedai Keropok Seri Sura ni macam tak ada sistem. Orang dah memang ramai beratur, tapi nak bayar, tak ada orang yang nak ambik duit. Punyalah lama aku beratur. Mungkin dah banyak sangat duit kot, itu pasal dia tak kisah nak fikir macammana nak letak kaunter bayaran. 


Jadi, tamatlah perjalanan aku ke pantai timur selama 6 hari 5 malam. sepanjang cuti sekolah Mac, 2013! Sampai kat Nilai jam 5.30 petang. Malam tu aku tidur lena sangat...kepenatan dan sambil bermimpi untuk perjalanan seterusnya masa cuti sekolah May nanti....ke PERTH....InsyaAllah.

Wednesday 27 March 2013

KELANTAN

Dah lama gak rancang nak gi Kelantan sambil bawak kete. Sesaja nak buang masa di jalanraya. Memang kalau naik flight sekejap je sampai. Tapi bila bawak kete jalan jauh, rasa lainlah sikitkan? So pada 25 mac 2013, masa cuti sekolah, akupun menujulah ke Kelantan seawal jam 6.53 pagi! Punyalah bersemangat! Kul 5.30 dah bangun. Aeziepun bangun gak. Pas je Aezie mandi, masuk je dalam kete, terus tidur balik kat bonet. Bonet kete mmg dibuat khas untuk tidur! Siap ada comforter lagi! Dah rancang baikkk punye. Aezie tido kat bonet. Izmir kat seat belakang. Barang-barang semua taruk antara seat belakang ngan depan. 

Kami ikut jalan Grik. Saja ikut jalan ni sebab nanti balik ikut jalan lain plak. Kul 9 kita org bfast kat RnR Tapah, kat restoran Pak Tam. Restoran mmg ada klasss. Tapi yg agak terperanjat tu bila mintak pinggan kosong kena bayar 50 sen! Haru tul! Pulak tu, budak yang duk keje jaga bahagian roti bakar tu pulak, muka tak reti nak senyum. Bukanla aku nak semua yang kerja kat restoran kena sengeh macam kerang busuk, tapi mukatu biarlah manis sikit. Ini tak, macam malas je nak ambik order. Mintak telur separuh masak, dia punya kicap ngan pepper kena cari keliling restoran. Boleh?


Jam 10.30 dah exit Kuala Kangsar/Grik/Kota Bharu. Ikut jln ni lalu hutan Royal Belum. Lalu kat Lenggong, tempat Perak Man tu. Tengah jalan Aezie nak gi toilet plak. Cari punya cari akhirnya berhenti kat masjid biru. Haaa bukan kat Turki je ada blue mosque tau!  Masjid Al Hamidah ni terletak kat Kg Kenayat, Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak.



Pastu sampai pekan Grik amik petrol plak kat Esso. Sebelum pegi dah isi 100 hengget. Ni tambah 100 lagi. Bila kira-kira sampai balik kat Nilai semuanya dalam RM500 untuk petrol saja!

Tapi tak kisahlah, janji jalan dan gembira! Paling best bila kita orang berhenti lunch secara tak sengaja kat Belum Rainforest Resort! Resort ni tak jauh lepas jambatan yang merintangi Tasik Banding. Duduk kat Sidai Restoren yang mengadap Tasik Banding. Indah weh! Pilihan makanan tak banyak tapi mee mamak dia memang sedap! Tapi sikit jer, makan tak puas. 



























Dia org buat guna konsep buluh. Toilet diapun ok. Izmir yg tak mandi dari pagi pun mandi kat sini. Selesa la jugak. Tapi aku sukala nak dtg lagi kat sini. Rasa aman dan damai. 





Sejam 15 min kita org rehat kat sini sebelum teruskan perjalanan. Hari panas betul. Dari Tasik Banding kami terus ke Jeli. Sampai Jeli singgah plak minum teh ais kat gerai tepi jalan. Makan memang tak kurang beb! Dari Jeli terus cari arah ke Pasir Puteh sebab aku nak pegi arah Pantai Bisikan Bayu. Kalau nak pi Kota Bharu ada arah lain plak.

Nak cari Resort Tok Aman Bali punya susah. GPS pun tunjuk arah sampai ke area Tok Bali je. Kena telefon plak resort tu mintak arah. Kul 5.15pm baru sampai! Peh! Total perjalanan dgn lepak minum ialah 10 jam dari Nilai! Lama tuuu. Tapi behentipun ada 3 jam gak....Total km adalah 616! Tapi perjalanan langsung tidak memenatkan sebab persekitaran yang indah dan menarik.Sikit aku tak rasa serik untuk datang lagi ikut jalan ni.

Sampai je kat resort ni, hati dah gembira sebab pantai dia nampak best. Ada banyak org jual jagung bakar kat tepi jalan di sepanjang pantai. Bilik diapun best gak. Luas dan boleh nampak tasik buatan. Berbaloi untuk satu perjalanan yg jauh... 




























Kolam renang resort ni besar gak. Siap ada gelunsur untuk bebudak lagi. Cumanya dia org tak sediakan towel. So kena bawak sendiri dari bilik. Banyak benda yang disediakan kat resort ni. Ada SPA dan kawan aku kata best urut kaki kat situ. Ada gak tempat nak berkayak atas tasik buatan. Kalau 2 dewasa dan 2 kanak2 cuma rm20 untuk 30 min. Aku ingat nak naik gak kayak tu, tapi tak sempat. Masa tak mengizinkan sebab dia bukak jam 9 dan tutup jam 7 malam. Pastu kat sini ada ruang mainan untuk budak2. Pendek kata resort ni pilihan yg amat tepat dan munasabah! 









Setiap malam akan ada buffet ikan bakar dengan harga RM19 seorang untuk dewasa dan RM13 untuk budak atas 6 tahun. Cuma pilihan taklah banyak, sesuailah dengan harga dia. Kita orang makan pada malam ke dua. Malam pertama kita orang ronda cari makan kat sekitar resort dan Tok Bali dan jumpa satu restoran yang best! Memang aku ada baca tentang areani yang popular dengan megi ketam. Aku memang jenis hantu megi. Bila tahu ada restoran yang jual megi ketam, apalagi, memang carilah sampai dapat. Kat sini memang sedap megi ketam nie. Megi dia berkuah dan taruk sekor ketam kat dalam! Pehhh memang sedap siot! Rupa memang tak meyakinkan, tapi rasa memang best.Rasa nak try buat kat rumah nanti.Kita orang pekena jugak ikan bawal bakar, udang bakar dan sotong goreng tepung. Rasa semuanya memang ok. Ais kosong dan kuah asam siap boleh ambik sendiri dan free.


Hari ke dua di Kelantan, tak pergi manapun. Aku bawak bebudak mandi kolam dan pastu pergi ronda-ronda bandar Pasir Puteh ngan Jerteh. Petang jalan-jalan tengok pantai. Tapi panas sangat. Beli jagung, duduk lepak sat, pastu balik bilik. Cuma aku rasa pantai ni kotor dan tak terjaga dengan baik. Ramai gak yang memancing. Ini bukan memancing suka-suka, tapi yang dapat ikan punya! Banyak gak orang tu dapat ikan, aku tengok.


Hari ke tiga, kita orang pergi ke Rantau Panjang. Agak jauh jugaklah dari Pasir Puteh. Dalam sejam setengah untuk sampai. Bila sampai kat bandar Rantau panjang tu, tetiba plak jalan jam. Aku heran gak, tak kan semua orang nak pegi shopping kat Rantau Panjang. Rupanya ada ceramah politik kat tepi jalan. Bila aku intai, rupa-rupanya Nik Aziz tengah bagi ucapan! Tanpa fikir panjang, aku cari parking yang agak jauh, pastu terus gi dekat khemah ceramah tu untuk amik gambar. Hehehe. Bukanlah akuni peminat Nik Aziz, tapi dah kebetulan ada kat Kelantan, tetiba plak terjumpa Nik Aziz, kira bertuah gaklah tu. Masa aku tiba amik gambar tu, Nik Aziz tengah cakap "Kalau kat dunia ni, kita boleh jugak bagi rasuah kat polis, tapi kat akhirat, macammana? Nak rasuah siapa? Nak rasuah kat Tuhan ke? Nak rasuah kat malaikat macammana? Malaikat bukannya nak duit. Dia nak duit buat apa, bukannya dia nak beli beras......"  Hahahaha. lawak gak orang tua tu. Masih sihat lagi dia walaupun turun naik spital. 




Sekejap je aku amik gambar, aku teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Tak tahulah apa yang ada. Terbayang macam kat Padang Besar yang penuh dengan barang-barang yang masuk dari Thailand. Memangpun macamtu. Sampai je, aku nampak deretan kedai yang jual barang-barang yang sama je. Kiranya kat Padang Besar tu, kedainya lebih tersusunla dari yang kat Rantau Panjang nie. Itu pada pendapat akula. Patutnya aku tak datang kat sini sebab kat tempat aku, Nilai 3 rasanya lebih hebat lagi.  Hehehe. Tapi harga aku tak tahulah sebab aku cuma beli telekung, pastu beli buah mangga. Mangga dia aku rasa murah sebab 3 kilo RM10. Manis betul. Aku beli gak buah kundang setengah kilo. Buah nie aku rasa mahal gak sebab sekilo RM15. Tapi memang manis dan besar-besar buahnya.

Tempat parkingpun susah nak dapat. Aku terpaksa bergilir dengan Hana untuk beli barang. Sorang kuar, sorang duduk kat kete ngan bebudak. Lagipun nak keluar tu panas ya amat. 6 hari kat Pantai Timur nie, satu kalipun aku tak merasa tengok hujan! Duduk dalam kete, dengan aircond lagi best! Kami lunch kat area ni gak la. Kuar sikit dari jalan masuk ke Kompleks Zon bebas Cukai. Makan memang murah dan macam tak percaya je bila bayar RM12 untuk semua. Ada ikan, sayur, ayam, air lagi. Pastu amik roti lagi. Issyy macam tak percaya pulak rasanya...

Esoknya, hari ke empat, kamipun bergerak ke Dungun. Tapi dalam perjalanan ke Dungun, aku berhenti makan pagi kat kedai makan di bandar Pasir Puteh. Dah dua hari bfast kat hotel, so hari nie nak rasa roti canai Kelantan la pulak. Tak boleh nak lari dari tekak mamak tu!  Hehehe. Makan di kedai makan Azizah nie memang best giler! Roti telur dia dan kuah dal campur sambal dia memang sedap wei! Pastu makan pulak dengan ayam gulai dia. Pehhh! Sedap...! Patutlah aku tengok ramai orang. Sebelum ni, memang kami ada nampak kedai kat tepi selekohnie ramai pelanggan. Itu yang cuba try tu. Berbaloi sungguh, cuma harganya agak mahal. Tak tahulah sebab kalau dia naik harga sebab tahu kami orang luar Kelantan. Aku pernah terkena sebelum nie bila beli pisang goreng. RM1 pisang nagka goreng, dapatlah 3 keping. Bukannya besar dan panjangpun! Ala-ala jer. Mahal tu bang!Tak apalah, janji semua makanan tu halal.







Itulah berakhirnya perlajanan pertama aku ke Kelantan. Secara kesimpulannya, tak ada apapun yang menarik kat sana sebab akupun tak pergi berjalan-jalan sangat. Tapi aku suka dengan resort yang aku duduk tu. Memang aman seaman namanya Tok Aman Bali Resort.  Pasni aku menetap di ULEK BEACH RESORT, DUNGUN pulak......






Published with Blogger-droid v2.0.3