Disember, 2012 aku ke Bali lagi buat kali ke dua. Pertama kali ke Bali rasanya dah lebih 10 tahun yang lalu. Tujuan ke Bali tak lain dan tak bukan nak rehat-rehat jer. Tak nak buang masa duk tengok temple dan yang seumpama dengannya. Kalau dulu datang ke Bali aku menetap di Kuta. Kali ini di Nusa Dua, di salah sebuah hotel terbaik di sini, Grand Mirage Resort & Thalasso, Bali.
Aku cukup suka tinggal di hotel ni. Kiranya tak salah pilihan aku. Pantainya memang cukup indah. Lautnya tak payah cakapla. Airnya jernih sungguh dan kurang berombak macam di Kuta.
Hari pertama sampai memang tak pergi mana sebab dah malam. Terus lepak hotel dan tidur. Hari ke dua menikmati keindahan di sekitar hotel dan mencari makanan halal. Memang dari awal aku dah tahu betapa payahnya untuk cari restoran bertaraf 'halal' kat sini. Kalau di Kuta masih senang nak dapat. Tapi di Nusa Dua, amatla sukarnya. Aku dan kawan aku Hana merayau depan hotel dan berjalan agak jauh sebelum kami menaiki van yang merupakan transport awam kat sini. Bayarannya cuma Rp4 sorang. Van ni ala-ala bas mini dolu-dolula yang naik je 50 sen. Pergilah kat mana je mengikut laluannya. So sepanjang jalan kami duk cari restoran masakan Padang. Akhirnya jumpala satu yang tak berapa nak besar. Tapi apa pilihan yang ada. Rembat je la. Janji makan nasi. Aku memang dah sedia bawak bekal megi ngan kicap, cili padi dan serunding. Sepanjang kat Bali, 4 bungkus jugak aku duk makan megi. Nasibla aku memang peminat megi. Kalau orang lain mahu jugak muntah duk hari-hari pekena megi. Ada sekalitu, dah tak larat nak cari nasi, last last order kat hotel nasi putih 2 pinggan. Ingat nak makan dengan serunding dan telur rebus yang disonglap masa bfast. Dan yang amat memeranjatkan harga 2 pinggan nasi putih ialah USD7! Maknanya lebih RM21. Pehhhh mahal tuuuu. Giler. menyesal tul rasanya!
Malam hari ke 2, kami pergi makan di Jimbaran, lokasi makanan seafood paling popular di Bali. Kami memilih restoran Bawang Merah yang memang sah sah halal. Jauh jugak dari Nusa Dua. Naik teksi hampir satu jam jugak. Memang cantik tempat ni.
Hari ke tiga kami pergi tengok dolphin. Mula-mula ingat nak tengok dan bermain-main sambil mandi dengan dolphin. Tapi tempat dah penuh! Tak sangka pulak tempat tengok dolphin tu boleh penuh. So terpaksa amik pakej yang tengok dan sentuh sikit-sikit je. Pakej ni termasuk transportation dari hotel dan minum. Masa perjalanan dalam 1 jam lebih jugak dari hotel. Aezie dengan Izmir memang suka sangat sebab dapat tengok aksi dolphin. Cuma Aezie takut untuk cium dolphin tu. Puas pujuk dia, tak nak gak. Rugi betul! Aku tak sempatla nak pegang sebab sibuk jadi cameraman....Huhuhu
ni pakej yang mandi manda ngan dolphine! Siap ada aksi lagi....
Tapi aku tak teruja sangatla sebab mula-mula tu aku ingat main dolphin kat tengah laut ke apa. Tak sangka plak depa duk bela dalam sangkar. Tapi dolphin ni semua dah terlatih dan pandai dengar kata. Kira boleh je la. Ada sorang pompuan Indonesia yang jugak datang kat tempat tu melawat, bagitahu aku yang dekat Jakartapun ada yang macamni. Murah lagi, katanya. Apa-apapun kira ok je la. Boleh tengok dan sentuh dolphin.
Hari ke 4, pagi itu kami pergi urut badan di sebuah SPA yang tak jauh dari hotel. Jalan kaki je. Murah pulak tu. Kira bolehla.
Hari ke 4, sepatutnya jadi hari terakhir kami di Bali. Tiba Isnin malam dan sepatutnya pulang Khamis malam. Bila beg dah sedia, dah pakai baju siap nak ke airport, tetiba Hana kata dia rasa cam tak puas duduk kat Bali. Ahhh sudahhhh! Aku kata terpulangla pada dia. Aku memang cuti sepanjang minggu. Jadi kalau balik hari Ahadpun pada aku no hal. Dalam masa beberapa minit saja keputusan dibuat bila tengok Air Asia masih ada seat untuk hari Sabtu petang! Cuma aku cuci tangan, tak bayar satu senpun. Semuanya dibayar oleh orang yang nak sambung stay. Hehe.
Jadi malam itu jugak Hana hantar baju ke dobi sebab kami semua dah habis stok baju bersih! Aku pulak duk sibuk pergi booking flight dan print ticket, seterusnya sambung penginapan di hotel untuk 2 malam lagi....
So, hari Jumaat kami pergi berjalan-lajan. Aezie dan Izmir tinggal kat hotel di bawah pengawasan penjaga di Kids Fun Club. Ramai gak yang tinggal anak kat sini. Aezie cukup suka tinggal kat sini sebab ada banyak permainan, ada katil boleh tidur. Satu jam untuk budak 3 tahun ke bawah ialah USD7. Hana terpaksala bayar. Aezie free je.
Kami menghabiskan masa kira-kira 2 jam di Kuta. Ramai sangat orang dekat sini. Pada aku pantai Nusa Dua kat hotel yang aku tinggaltu jauh lebih menarik dan indah dari pantai dekat sini. Tak ramai yang surfing. Aku dan Hana sewa bangku untuk duduk mengadap laut.
Di Kuta ini kami singgah lunch di sebuah restoran makanan Sunda yang agak terkenal di sini. Itu yang dikatakan oleh pemandu teksi yang kami naiki dari Nusa Dua ke Kuta. Restoran ini memang nampak menarik, masakannya juga sedap dan ianya lebih kering berbanding masakan Padang yang banyak berkuah.
Selepas makan kami bungkus nasi buat Aezie dan Izmir. Petang itu kami tak buang banyak masa. Lepas ambik bebudak, balik hotel solat dan mandi, lepastu kami amik teksi untuk tengok matahari terbenam di Uluwatu, kira-kira sejam setengah dari Nusa Dua. Di sini ada monyet jahat yang kerjanya merampas apa saja yang ada kat orang yang datang. Jadi kami dah sedia berhati-hati. Kat depan mata aku, ada sekor monyet tu datang tiba-tiba lalu merampas cermin mata sorang pengunjung tu. Monyet tu bawak lari. Dan yang anehnya, monyet tu boleh pulak dirasuah dek orang yang dah biasa kat tempat tu. Untuk dapatkan balik cermin mata tu, kena bagi dia makanan! Dapat makanan, baru monyet tu campak balik cermin mata tu. Memang monyet betul!
Cantik ke pemandangan matahari terbenam tu? Rasanya aku ada nampak matahari terbenam yang jauh lebih cantik di Malaysia! Tak berbaloi untuk pergi sejauh itu ketempat ini semata-mata untuk tengok matahari terbenam. Itu pada pandangan aku la....Tapi dekat sini ada tarian jugak dipersembahkan. Cuma aku tak kuasa nak tengok.
Pengalaman bercuti di Bali memang menyeronokkan. Rasa puas bercuti sepanjang minggu dekat sini. Menginap di hotel Grand Mirage & Thalasso adalah yang terbaik sepanjang di Bali!