Wednesday, 4 April 2012

DINGIN D'BEIJING


Januari 2011, buat pertama kali aku menjejaki  Beijing.  Tiket sebenarnya dah dibeli lebih dari 8 bulan ketika Matta Fair 2010.  Penghujung tahun 2011 aku mula bimbang dengan cuaca di Beijing.  Tahun 2010, salji paling buruk berlaku di Beijing telah mengakibatkan banyak penerbangan tergendala dan hubungan darat langsung terputus.  Dan lebih membimbangkan kerana aku membawa anak, Aezie Nur yang berusia 5 tahun!  Aku berbincang dengan kawan aku Hana untuk membatalkan sahaja percutian ini.  Dua minggu sebelum penerbangan kami berbincang lagi.  Menurut laporan cuaca di Beijing, tahun 2011 tidak ada salji yang akan turun walaupun suhunya di bawah 0 hingga -10 darjah celcius.  Dan tak ada penerbangan yang dibatalkan sehingga waktu itu.  Kami pun ambil keputusan untuk teruskan percutian.  Dan perkara paling asas yang perlu dibuat ialah mencari baju sejuk!  Kamipun memborong pakaian sejuk di Universal Travellar di Mid Valley.  Kononnya baju yang dipakai boleh menahan tahap kesejukan sehingga -25.  

Jadi pada 10hb Januari, kamipun berangkat ke Beijing menaiki pesawat Air Asia dan mendarat di Tianjin.  Keluar je dari pesawat, udara sejuk dah sampai ke tulang.  Kami kemudian terus mendapatkan bas yang akan membawa kami ke Intercity Railway.  Masa nak tunggu baspun bukan main sejuk lagi.  Turun dari bas kami kena berjalan pulak sejauh 200 meter untuk ke train station tu.  Punyalah sejuk giler, dengan angin lagi.  Patutla semuanya berjalan laju-laju untuk hilangkan sejuk.  Tapi kami berjalan agak lambat sebab terpaksa tarik beg.  Bila masuk ke terowong, lega sikit.  Dalam terowong ada pulak orang yang jual keledek bakar.  Teringin jugak nak beli, tapi sebab nak cepat aku pendamkan aje niat tu.  Sampai ke sudah aku tak merasa keledek bakar Cina! 

Dari Tianjin ke Beijing mengambil masa perjalanan 30 minit untuk jarak perjalanan 117km.  Dia punya train CRH punyala laju.  Sampai ada ketika tu mencapai kelajuan 327 km/h!  Tapi duduk dalam train tu memang langsung tak terasa kelajuan dia.  Tambangpun kira murahlah jugak.  Seorang Y58.00 sahaja.  Masani segala-galanya nampak ok bagi kami. Dia punya terminal train tu macam kat airport.  Dalam CRH ni pun ada paramugari gak.  Hebat betul!



 
                              Ni la paramugari dia.  


Sampai di Beijing mulalah episode yang amat menyesakkan perasaan.  Kami turun mencari teksi dan perlu beratur panjang.  Tapi teksinya memang banyak.  Cuma bila beratur memang terasa amat sejuk walaupun berada di dalam bangunan!  Sampai jer ke turn kami, kami masuk dalam teksi dan memberikan nama hotel Mercure Beijing Downtown kepada pemandu.  Kalau menurut ceritanya di internet, jarak train station ke hotel cuma 10 minit perjalanan sahaja.  Maknanya tidaklah jauh.  Tapi apa yang berlaku ialah pemandu teksi tidak tahu ke mana arah yang hendak kami pergi.  Rupanya pemandu teksi di Beijing tidak boleh membaca tulisan roman dan tidak faham sepatah haram bahasa Inggeris.  Memang langsung tak masuk di akal!  Tapi itulah yang berlaku.  Cuma aku tabik dekat pemandu tu yang memberhentikan teksinya di tepi lalu turun dan menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain nama dan alamat hotel itu.  Tapi semuanya tidak tahu.  Dia tidak putus asa dan bertanyakan pulak kepada penumpang yang lain yang beratur menunggu giliran untuk menaiki teksi.  Tapi memang memeranjatkan kerana tidak ada sesiapa yang tahu membaca nama dan alamat hotel itu.

Aku kemudian masuk semula ke dalam terminal dan mencari information kaunter.  Bertanya jika-jka mereka tahu.  Pun jawapan yang diberi sama.  Macam bercakap antara penguin dan katak!  Depa suruh rujuk ke sana dan ke sini tapi tak ada yang tahu.  Hana dan Aezie turut masuk ke terminal untuk mengelak dari beku di tempat menunggu teksi.  Kami terpaksa bergilir-gilir mencari orang yang tahu membaca tulisan roman.  Dan paling aku terharu sebab pemandu tadi terus menunggu kami.  Hampir sejam berlalu dan kami memang terasa hampir putus asa.  Aezie jugak sudah mula merengek lapar dan kepenatan juga kesejukan.  Rasa nak balik jer ke Malaysia.  Betul, tak tipu. 

  
Tapi akhirnya pemandu tadi masih terus berusaha.  Dia menemui seorang perempuan muda yang sedang menunggu giliran menaiki teksi.  Akupun dah lupa nama dia.  Perempuan mudatu ambik nama hotel tu dan buat search kat internet dan dapatkan nombor telefon hotel.  Melalui nombor telefon itulah pemandu tadi menghubungi pihak hotel bertanyakan alamat.  Aku cukup berterima kasih dengan perempuan muda tu.  Dia rupanya pelajar dan pernah datang ke Singapura.  Dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Legaa betul rasanya.

10 minit perjalanan kami sampai ke hotel Mercure Beijing Downtown.  First impression memang aku suka dengan hotel ni.  Nampak begitu selesa dan kami disambut dengan senyuman yang cukup manis dari pekerja hotel.  

Lega rasanya berada di dalam hotel yang agak suam ni.  Akupun bagi slip salinan tempahan yang telah dibuat melalui Air Asia Go Holiday.  Dan tiba-tiba aku dikejutkan lagi bilamana petugas hotel memberitahu bahawa tiada tempahan dibuat atas nama aku pada tarikh yang dicatatkan!  Rasa nak pengsan dan sakit hatipun ada.  Aku mintak dia orang telefon sendiri Air Asia.  Tapi tahula kan, Air Asia ni cuma beroperasi office hour jer.  Tak berangkat.  Punyalah aku bengang tahap 100 darjah celcius punya.  Walau sejuk kat luar tapi kat dalam panas berapi beb!  Tak boleh tahan.  Memang ayam serama betul Air Asia nie!

Bersambung...di SINI dan di SINI

Monday, 2 April 2012

LANGIT JOGJAKARTA 2


 
22 Mac 2012 Hari pertama di Jogjakarta:  Selepas menikmati masakan Padang yang enak di Rumah Makan Duta Minang, kita orang dibawa melawat Prambanan Temple.  Walaupun penat sedikit, tapi memikirkan waktu yang amat terhad di bumi Jogja, kami kuatkan semangat.  Menurut Pak Agus, pemandu arah kami, temple ni telah wujud sejak abad ke 9 lagi.  Candi ni merupakan candi yang terbesar di Indonesia.  Menurut Pak Agus, kalau orang datang berpacaran ke sini, biasanya akan putus dan hubungan itu pasti tidak berpanjangan.  Akupun tak berapa ingat kenapa mitos itu berlaku dan menjadi sebutan sehingga sekarang. 

Kami ambil masa dalam satu jam jugak di sini.  Berjalan mengelilingi candi ini.  Anak aku Aezie langsung tak terpikat dengan senibina candi.  Yang dia tahu ialah melukis, melukis dan melukis di tanah yang berpasir.  Sama jugak dengan Aqil.  Ye lah, orang dewasapun tak heran, apakan lagi bebudak. 


Kami sempat jugak menaiki gerabak yang bergerak secara percuma mengelilingi candi itu.  Yang ini bebudak memang suka.  Bukan budak jer, orang tua pun suka gak sebab yak payah jalan jauh.  Hehehe. 
  
Dari Prambanan Temple, dah dekat nak masuk maghrib.  Jadi kami semua singgah di sebuah masjid di tepi jalan untuk solat Johor dan Asar.  Menarik jugak masjid ni.  Bersih dan amat terjaga sekali walaupun ianya betul-betul di tepi jalan.  Dan di tepi masjid tu pulak ada orang yang menjual barangan souvernir.  Dapat jugak Mira beli selipar sebab kasut cantik dia putus kat candi tadi.  Hehehe.

Dari sini kami terus di bawak ke hotel Whiz untuk berehat.  Tapi mana boleh rehat beb.  Kat kiri kanan hotel banyak kedai yang melambai-lambai.  Ketua rombongan si Appy bagi masa satu jam untuk mandi atau berehat.  Jam 8.30 malam kami berkumpul balik di lobi dan mencari kedai untuk makan malam.  Cari punya cari akhirnya pulang semula ke hotel dan makan di restoran betul-betul di sebelah hotel.  Kami kebanyakannya pekena nasi dan ayam goreng panas!  Sedap beb!



Lepas makan bersurai.  Ada yang terus ke hotel untuk berehat dan ada jugak yang masih berjalan-jalan mencuci mata di kedai-kedai souvernir di situ.

Keesokan harinya selepas sarapan kami dibawa ke tempat istana Sultan Jogjakarta atau dipanggil Kraton, betul-betul di tengah-tengah Bandar.  Jangan fikir istana Sultan ini seperti istana sultan kita kat Malaysia.  Istananya memang tak macam istana. Kami sampai awal pagi, masih belum bukak lagi.  So kita orang lepak dulu kat depan istana.  Kami kemudiannya ditemani oleh pekerja istana yang menceritakan lebih lanjut tentang istana dan jugak salahsilah keluarga di raja ni.  Jika di Indonesia, Jogja adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan konsep beraja.  Sultan sekarangni mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya perempuan.  Jika sultan sekarangni mangkat maka adik lelaki dia yang akan jadi Sultan sebab dia tak ada anak lelaki.  Itu jer yang aku ingat.  Hehehe

  
Dan kebetulan hari yang kami datang itu adalah hari kelahiran Sultan Hamengkubuwono X.  Jadi makanan disediakan untuk pekerja-pekerja istana.  Yang menarik tu pompuan yang sediakan makanan tu berkemban beb!  Tak tahu kenapa dia tak boleh bakai baju.  Dah memang gitu tradisi dia orang kot.    

 Selepas melawat, tiba di luar, gambar-gambar kita orang dah sedia dicuci dan dijual.  Aku sambar satu gambar jer.  Yang lain-lain ramai gak yang sambar sebab gambar tu agak cantik gak.  Kami berehat seketika dan bebudak aku belikan ais krim.  Selepastu kita orang dibawa ke university tertua dia orang.  Entah apa nama university tu, aku pun tak berapa nak ingat.  Tak ramai yang turun dari bas untuk mendengar syarahan seorang professor yang ditugaskan menyambut kedatangan kami.  Dia bercerita tentang motif ukiran bangunan university tu....Manalah orang nak berminat dengar.  Pada aku motif ukiran Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan lagi unik dan menarik untuk dikaji.   Hanya Khalil yang kelihatan bersungguh-sungguh mendengar dan berbual.  Agaknya nak ambik hati kot.  Hehehe. 

Lepastu kita orang dibawa melawat kedai Batik yang menjadi tumpuan pelancong.   Kat sini agak lama jugak sebab ramai gak yang membeli baju-baju batik untuk dibawak balik.  Yang paling banyak membeli dah tentu-tentu yang ada bawak duit berjuta-juta tu.  Hehehe.  Aku tak beli apa.  Duduk kat luar borak sambil tengok bebudak main tab! Jurukamera kami, Shahril pun dah pengsan kepenatan.  

Dah agak petang jugak kami masih belum makan.  Muka masing-masing dah kepenatan dan lapar.  Kami diberitahu akan makan di tepi pantai Parangtritis.  Perlu beli ikan dan makanan laut yang segar dan bawa ke kedai makan.  Dia orang akan masakkan untuk kami.  Bunyi cukup menarik sekali.  Tapi bila jam dah meunjukkan pukul 4 petang waktu Malaysia, mana ada perasaan lagi nak beli iakan segar.  Terus je kami pergi ke restoran dan pesan makanan.  Dan rupanya orang kedai tu pun kena beli ikan jugak kat pasar segar!!!  Terpaksa tunggu jugak labu!  Hahaha. 

Anak aku yang penat dah tidur baikkk punya kat atas lantai restoran tu.  Abang Ipar akupun lepak dan baring jugak sekejap.  Along aku dah betul-betul lapar dan angin dah banyak masuk dalam perut.  Muka dia dah pucat dan nak muntah.  Risau tul aku.  Bila ada orang datang jual keropok, aku beli dan agih-agihkan buat lapik perut.  Lama jugak menanti sebelum makanan dihidangkan.  Restoran yang kononnya kat tepi pantai tu pun temberang je lebih.  Bukan nampak lautpun masa makan tu....Di depan kami ialah ‘kamar mandi’.  Tak ada pemandangan menarikpun.  Tapi lapar punya pasal, bedal jer la.  Cuma lauk pauk dia memang fresh!


Pastu kami pergi sat melihat laut yang bergelora dan merbahaya untuk aktiviti laut.  Jadi tak ada orang yang mandi kat sini.  Pantai dia ok dan cantik, Cuma dicemari dengan sampah yang banyak.  Orang dan sampah sama banyak jer.



Selepas sembahyang di sebuah surau di situ, kamipun berangkat pulang ke Whiz Hotel.  Perjalanan ambil masa kira-kira 45 minit.  Dan malam tu kami makan lagi kat Restoran Ayam Kampung yang dekat dengan hotel tu.  Malam acara bebas dan ramai yang membelibelah di sekitar hotel.

Keesokan harinya kami memilih untuk tidak pergi ke Candi Borobudur sebaliknya terus pergi ke Gunung Merapi.  Klik di SINI untuk cerita di sana.  Dan di dalam bas, kami menyanyikan lagu ‘happy birthday buat adik, Ahmad Shahril!  Rupanya birthday dia dah terlepas semalam...  Happy birthday dik!  Kira hebat gakla sambut birthday kat Jogja!! 

Dan 4 hari 3 malam di Jogjakarta memang banyak meninggalkan kenangan.  Dan pastinya kenangan yang tidak akan aku lupa selama-lamanya.......