Wednesday, 4 April 2012

DINGIN D'BEIJING Part 2

(Untuk cerita sebelum ini sila klik di sini:  PART 1)

Badan dahla penat, sejuk dah sampai ke tulang, tetiba lak nama tak tersenarai.    Nak tak nak terpaksalah aku bayar dulu harga penginapan RM3,000 menggunakan credit card aku.  Pihak hotel cakap depa akan usahakan keesokan harinya dengan Air Asia.  Walaupun bengkek, tapi bila masuk bilik memang terasa lega.  Terus aku masak air dan kita orangpun pekena megi cup campur dengan serunding daging.  Mak oiiii sedapnya tuhan jer yang tahu.  Lepas makan, kita orang terbongkang tidur! 

Keesokan harinya aku diberitahu masih belum lagi mendapat jawapan dari Air Asia.  Aku terus masuk ke bilik yang menyediakan internet dan email masalah aku ke kakitangan Air Asia Go Holiday dan mintak depa selesaikan masalah aku dengan segera. 

Pagi tu kami masuk ke restoran hotel untuk bersarapan.  Memang ada banyak roti dan makanan yang disediakan tapi semuanya berasaskan babi!  Nak tak nak, kami makan je la roti dan bawak lari telur rebus.  Itu jugaklah rutin kami setiap pagi duk seludup telur berbiji-biji masuk dalam beg untuk di makan waktu lunch atau dinner dengan megi. 

Hari pertama tu kami tak merancang untuk berjalan lagi sebab nak cari dulu kedai makan yang halal.  Kami jugak baru nak cari local travel agen yang boleh bawak kami berjalan ke tempat yang menarik di Beijing.  Dan ketika inilah kami berkenalan dengan seorang pekerja hotel yang cute bernama Roger.   

 bersama Roger di Mercure Hotel

Budak Rogerni tugas dia di tepi pintu masuk dan menyapa pengunjung yang tiba sambil membukakan pintu hotel.  Melalui Rogerlah kami tahu ada sebuah restoran cina Muslim yang halal tidak jauh dari hotel.  Tapi kami perlu menaiki teksi.  Roger menulis dengan tulisan Cina dan diberikan kepada pemandu teksi ke mana kami akan pergi.  Sebab dalam teksi, pemandu memang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.  Nak bagitahu bayaranpun depa cuma tunjuk harga di meter.

Sedap gak makan kat restoran ni.  Macam-macam yang kami order.  Restoran ni jadi tempat makan wajib aku selama di Beijing.  Petang itu kami meminta bantuan Roger untuk dapatkan trip sehari di Beijing dengan pemandu arah untuk keesokan harinya. Malam itu baru pekerja hotel memberitahu yang Air Asia Go Holiday dah confirm tentang penginapan kita orang kat hotel tu.  Lega rasanya....

 yg kaler hijautu lah restorannya....                                   mcm mkn utk 6 org! Aezie tension tgk mknan

Hari ke 3 di Beijing, kami dibawa menggunakan sebuah kereta sewa dengan seorang wanita sebagai pemandu pelancong yang bertutur bahawa Inggeris.   Tempat pertama yang dibawa melawat ialah Ming Tombs tempat di mana Emperor Dinasti Ming dikuburkan.  Selepas bergambar seketika, kami dibawa pulak melawat Dragon Land Superior Jade yang menjual batu jade yang bermutu di China.  Aku tak beli apapun kat sini.  Sekadar tengok-tengok jer la.  Hana beli jugak yang cop nama tu.  Tak tahulah nak buat apa pun.  Setakat nak wat kenang-kenangan je kot.   

 bergambar kenangan di Ming Tombs                                Aezie di tempat jual batu jade & tembikar

  
Lepastu kami pergi ke Tembok Besar China.  Cuaca yang cukup sejuk membuatkan kami tak boleh lama memanjat anak-anak tangga.  Tak boleh tahan.  Separuh jalan jer kami dah mengalah dan turun.   Tapi paling tidak aku berjaya jugaklah sampai ke salah satu benda ajaib di dunia yang dulu pernah ayah aku tanya masa aku kecik.  Apa 7 benda ajaib di dunia?  Hehehe.  


 
Selepastu kami dibawak pulak keTea House yang menjual pelbagai jenis teh cina.  Kami diberi rasa kesemua teh dan diberitahu khasiatnya.  Kat sini aku beli jugaklah satu kotak teh dan cawan yang boleh bertukar gambar bila terkena air panas.  Sampai dah setahun teh tu aku tak minumpun.  Last-last masuk bakul sampah jer la....
Yang aku tak boleh lupa bila pemandu pelancongni bawak kita orang ke Bird Nest Olympic Stadium.  Mula-mulatu kami dah kata tak berminat nak pergi.  Tapi minah tu yakinkan kami sebab kat stadium tu ada tukang urut yang akan bagi urut kaki percuma kepada kami.  Memangla bunyinya menarik sebab kakipun dah penat berjalan, kalau kena urut free mestilah tak tolak, betul?  Bila sampai jer kami diperkenalkan dengan sorang yang barangkali berusia di lingkungan 50-an yang dipanggil sifu.  Kami masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya diminta berehat.  Kaki kami kemudiannya diurut oleh dua orang perempuan Cina.  Memang indah tul rasanya.  Lepastu masuklah si sifu ni tadi dan mintak aku hulur tangan untuk cek kalau-kalau aku ada penyakit.  Diani bukan doctor tapi dia mahir dalam perubatan alternative.  Diani kononnya salah seorang dari pasukan perubatan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan atlet-atlet sukan Olimpik di Beijing berada dalam keadaan sihat.  Dalam duk pegang-pegang tangan aku tu dia terus jer cakap penyakit yang aku ada dan memang betul apa yang dia cakap.  Entah apa dia punya temberang, akhirnya aku terbeli jugak ubat pil yang berharga RM1,700 dan Hana RM2,200!  Bukan sikit-sikit beb!  Tapi masatu kita orang duk rasa, apalah guna duit kalau kita sakit.  Memang betul pun.  Tapi masalahnya kita orang bukannya sakit sangat pun, cuma kononnya takut nanti dalam 5, 6 tahun lagi kita orang akan merana sakit.  

Bila balik Malaysia, kawan dan partner Cina aku Mr Gyver kata ada kawan dia yang mati bila makan ubat yang dibeli dari Negara China!  Dia kata ada yang betul dan ada yang penipu.  Takut punya pasal terusss buang siot!  Membazir betul rasanya.  

Balik dari acara urut mengurut kita orang terus dibawa untuk menonton Chinese acrobatic yang begitu popular di China di Chaoyang Theater.  Memang menarik jugak dan rasa berbaloi gak la menonton.  Akupun dah tak ingat berapa bayaran masuknya.   


Sebenarnya lebih mudah ada pemandu pelancong dan ada pemandu yang boleh bawa ke sana dan ke sini.  Tapi yang tak menariknya bila tempat yang kita tak nak pergipun kita terpaksa pergi dan waktu yang dibagi pulak amatlah terhadnya.  So keesokan harinya kami dah plan untuk bergerak sendiri dengan bantuan Roger, pekerja hotel tu.

Dan apakah yang berlaku seterusnya?  Ikuti perjalanan aku seterusnya di Dingin D'Beijing Part 3 dan yang terakhir di SINI!  Lagi panas beb, lagi biol!  Hehehe

No comments:

Post a Comment