Wednesday, 4 April 2012

DINGIN D'BEIJING


Januari 2011, buat pertama kali aku menjejaki  Beijing.  Tiket sebenarnya dah dibeli lebih dari 8 bulan ketika Matta Fair 2010.  Penghujung tahun 2011 aku mula bimbang dengan cuaca di Beijing.  Tahun 2010, salji paling buruk berlaku di Beijing telah mengakibatkan banyak penerbangan tergendala dan hubungan darat langsung terputus.  Dan lebih membimbangkan kerana aku membawa anak, Aezie Nur yang berusia 5 tahun!  Aku berbincang dengan kawan aku Hana untuk membatalkan sahaja percutian ini.  Dua minggu sebelum penerbangan kami berbincang lagi.  Menurut laporan cuaca di Beijing, tahun 2011 tidak ada salji yang akan turun walaupun suhunya di bawah 0 hingga -10 darjah celcius.  Dan tak ada penerbangan yang dibatalkan sehingga waktu itu.  Kami pun ambil keputusan untuk teruskan percutian.  Dan perkara paling asas yang perlu dibuat ialah mencari baju sejuk!  Kamipun memborong pakaian sejuk di Universal Travellar di Mid Valley.  Kononnya baju yang dipakai boleh menahan tahap kesejukan sehingga -25.  

Jadi pada 10hb Januari, kamipun berangkat ke Beijing menaiki pesawat Air Asia dan mendarat di Tianjin.  Keluar je dari pesawat, udara sejuk dah sampai ke tulang.  Kami kemudian terus mendapatkan bas yang akan membawa kami ke Intercity Railway.  Masa nak tunggu baspun bukan main sejuk lagi.  Turun dari bas kami kena berjalan pulak sejauh 200 meter untuk ke train station tu.  Punyalah sejuk giler, dengan angin lagi.  Patutla semuanya berjalan laju-laju untuk hilangkan sejuk.  Tapi kami berjalan agak lambat sebab terpaksa tarik beg.  Bila masuk ke terowong, lega sikit.  Dalam terowong ada pulak orang yang jual keledek bakar.  Teringin jugak nak beli, tapi sebab nak cepat aku pendamkan aje niat tu.  Sampai ke sudah aku tak merasa keledek bakar Cina! 

Dari Tianjin ke Beijing mengambil masa perjalanan 30 minit untuk jarak perjalanan 117km.  Dia punya train CRH punyala laju.  Sampai ada ketika tu mencapai kelajuan 327 km/h!  Tapi duduk dalam train tu memang langsung tak terasa kelajuan dia.  Tambangpun kira murahlah jugak.  Seorang Y58.00 sahaja.  Masani segala-galanya nampak ok bagi kami. Dia punya terminal train tu macam kat airport.  Dalam CRH ni pun ada paramugari gak.  Hebat betul!



 
                              Ni la paramugari dia.  


Sampai di Beijing mulalah episode yang amat menyesakkan perasaan.  Kami turun mencari teksi dan perlu beratur panjang.  Tapi teksinya memang banyak.  Cuma bila beratur memang terasa amat sejuk walaupun berada di dalam bangunan!  Sampai jer ke turn kami, kami masuk dalam teksi dan memberikan nama hotel Mercure Beijing Downtown kepada pemandu.  Kalau menurut ceritanya di internet, jarak train station ke hotel cuma 10 minit perjalanan sahaja.  Maknanya tidaklah jauh.  Tapi apa yang berlaku ialah pemandu teksi tidak tahu ke mana arah yang hendak kami pergi.  Rupanya pemandu teksi di Beijing tidak boleh membaca tulisan roman dan tidak faham sepatah haram bahasa Inggeris.  Memang langsung tak masuk di akal!  Tapi itulah yang berlaku.  Cuma aku tabik dekat pemandu tu yang memberhentikan teksinya di tepi lalu turun dan menunjukkan kepada rakan-rakan yang lain nama dan alamat hotel itu.  Tapi semuanya tidak tahu.  Dia tidak putus asa dan bertanyakan pulak kepada penumpang yang lain yang beratur menunggu giliran untuk menaiki teksi.  Tapi memang memeranjatkan kerana tidak ada sesiapa yang tahu membaca nama dan alamat hotel itu.

Aku kemudian masuk semula ke dalam terminal dan mencari information kaunter.  Bertanya jika-jka mereka tahu.  Pun jawapan yang diberi sama.  Macam bercakap antara penguin dan katak!  Depa suruh rujuk ke sana dan ke sini tapi tak ada yang tahu.  Hana dan Aezie turut masuk ke terminal untuk mengelak dari beku di tempat menunggu teksi.  Kami terpaksa bergilir-gilir mencari orang yang tahu membaca tulisan roman.  Dan paling aku terharu sebab pemandu tadi terus menunggu kami.  Hampir sejam berlalu dan kami memang terasa hampir putus asa.  Aezie jugak sudah mula merengek lapar dan kepenatan juga kesejukan.  Rasa nak balik jer ke Malaysia.  Betul, tak tipu. 

  
Tapi akhirnya pemandu tadi masih terus berusaha.  Dia menemui seorang perempuan muda yang sedang menunggu giliran menaiki teksi.  Akupun dah lupa nama dia.  Perempuan mudatu ambik nama hotel tu dan buat search kat internet dan dapatkan nombor telefon hotel.  Melalui nombor telefon itulah pemandu tadi menghubungi pihak hotel bertanyakan alamat.  Aku cukup berterima kasih dengan perempuan muda tu.  Dia rupanya pelajar dan pernah datang ke Singapura.  Dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Legaa betul rasanya.

10 minit perjalanan kami sampai ke hotel Mercure Beijing Downtown.  First impression memang aku suka dengan hotel ni.  Nampak begitu selesa dan kami disambut dengan senyuman yang cukup manis dari pekerja hotel.  

Lega rasanya berada di dalam hotel yang agak suam ni.  Akupun bagi slip salinan tempahan yang telah dibuat melalui Air Asia Go Holiday.  Dan tiba-tiba aku dikejutkan lagi bilamana petugas hotel memberitahu bahawa tiada tempahan dibuat atas nama aku pada tarikh yang dicatatkan!  Rasa nak pengsan dan sakit hatipun ada.  Aku mintak dia orang telefon sendiri Air Asia.  Tapi tahula kan, Air Asia ni cuma beroperasi office hour jer.  Tak berangkat.  Punyalah aku bengang tahap 100 darjah celcius punya.  Walau sejuk kat luar tapi kat dalam panas berapi beb!  Tak boleh tahan.  Memang ayam serama betul Air Asia nie!

Bersambung...di SINI dan di SINI

No comments:

Post a Comment