Monday, 24 September 2012

ASCOTT: DAMAI DI KUALA LUMPUR


Memang cukup menarik!  Walaupun KL begitu sibuk, tapi berada di tingkat 23 Ascott Kuala Lumpur langsung tidak menyedari kesibukan itu.  Terasa seolah-olah berada di suatu lokasi yang asing.  Damai dan nyaman dengan pemandangan yang cukup indah!!

Pemenang Certificate of Excellence 2012 Tripadvisor ini, Ascott menjanjikan satu pengalaman bermalam yang tidak boleh dilupakan.  Ascott yang berkonsepkan service apartment ini betul-betul berada di hadapan KLCC dan Mandarin Oriental.  

These luxurious and prestigious serviced accommodations cater to the discerning executives and expatriates. Ascott Kuala Lumpur boasts of spacious and elegant apartments, personalised services and extensive business and recreational facilities. Ideal for overseas assignments, leisure vacation and relocation, the residence offers an exclusive city retreat while being just across the street from the famous Petronas Twin Towers, KLCC Putra Line (Light Rail Transit), KLCC Park and a wide variety of dining and entertainment options.  Read MORE

Sebenarnya Ascott bukan bagi free room kat aku untuk aku promote, tapi aku bagi pembaca free informasi untuk yang berminat tinggal di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.  Hehehe.
                                                                                               Pemandangan sisi lobi Ascott KL dari depan


Aku booked melalui Agoda 1 bedroom Executive with bfast untuk satu malam sempena birthday Aezie.  Harga semalam RM420.  Campur service tax semua RM501.83.  Lebih kurang sama bermalam di Mandarin Oriental satu ketika dulu.  Cuma Mandarin berkonsep hotel.  Bilik kecik jer la.  Berbanding Ascott yang berkeluasan 872 sq ft dengan ruang tamu yang dipisahkan dari bilik.  Ada dapur yang lengkap dengan dish washer, peti sejuk besar, microwave/ grill dan 4 dapur masak elektrik.  

Ruang tamu yang cukup luas untuk budak bermain dan menonton TV.   Katil king size dan ada sofa di bilik.  Wardrobe yang agak besar dengan iron disediakan.  Pendek kata biliknya memang sesuai untuk tinggal sebab dia berkonsepkan apartment.  Restoran Sky Lounge di tingkat 22 pun memang indah pemandangannya.  Kami bersarapan di sini sebelum check out.  Memang ramai orang luar kat sini. Makanan dia kira ok jugaklah walaupun tak banyak pilihan.  




 nie makanan pilihan aku.

Sebelum balik ke bilik Izmir sempat lagi rendam kaki kat swimming pool kat tingkat 22 tu.  Pemandangan dari sini memang indah.  Di sebelah kanan boleh nampak KLCC dan di sebelah kiri boleh nampak KL Tower. 


Aezie cukup suka tinggal kat sini.  Dia ngan Izmir asyik berlari dalam bilik.  Main jer kerjanya.  Sebaik sampai dan check-in aku bawak Aezie pergi Aquaria.  Memang dekat sangat.  Jalan kaki seberang jalan jer.  Balik dari tengok ikan, kami pergi makan.  Sebaik jer masuk dalam kereta Aezie dah tidur.  So aku ngan Hana jer lah makan kat restoran Haslam.  Aku makan kuih jer sebab masa tupun dah pukul 4pm.  Balik dari Haslam, aku pergi KLCC untuk beli mainan Aezie.  Aezie terus tidur.  Tak sedarpun dia.  

Malam tu lapar lagi dan kita orang pergilah cari makan kat Restoran Pelita jalan Ampang tu.  Memang ramai sangat orang dan aku tahu restoran mamak tu popular.  Aku orderla mee mamak dengan sup ekor.  Hana order mee goreng seafood dan Aezie nak makan megi jer.  Tapi bila makan memang langsung tak kena ngan selera aku!  Cuma sup kira boleh tahan la.  Mee dia aku makan suku jer.  Aezie makan dua tiga urat megi dan Hana makan sotong jer.  Membazir sungguh.  Dah lah macamtu, tempat nak parking pulak punyala sempit.  Hana suh aku bawak kete sebab dia tak berani.  Masa nak keluar tu memang aku gesel kereta orang!  Habis bercalar kete X3 Hana.  Nasib tak teruk sangat.  Aku tak berhentipun.  Buat selamba jer jalan.  Memang serik nak datang lagi.  Dahlah susah nak parking, tak sedap pulak tu.  Yang lagi teruk aku order teh tarik bawak balik bilik.  Teh tarik pun tak sedap jugak.  

Malam tu, aku kasi Aezie kejutanla kononnya.  Suka lah dia.  Bukan apapun, beli kek jer ngan hadiah.  Tapi inilah kali pertama buat macamtu masa birthday dia.  Sebelum ini tak pernahpun sebab dipun tak reti lagi nak sambut bday.  


Secara keseluruhan, aku berpuas hati sangat tinggal kat sini.  Aku berangan, kalaulah ada sesiapa nak bagi aku satu unit apartment kat sini, alangkah indahnya.....Hehehe  

Friday, 21 September 2012

TELUR PENYU YANG ENAK!!

Bahagian 1 di SINI


Tak kiralah camanapun, aku tetap nak cari dan makan telur penyu!  Telur penyu ni unik.  Masakla berapa lamapun, bahagian putihnya akan tetap cair dan kulit luar telur tetap lembik.  Cara memasak dan makan:  Rebus telur penyu dalam 10 minit.  Kemudian koyakkan sedikit kulit telur penyu yang nipis tu dan masukkan kicap.  Kemudian terus saja sedut telur tu dari cengkerang dia.  Tak payah letak dalam mangkuk, tak best.  Itu cara aku yang suka kicap nie la.  Tapi ada yang makan macamtu jer.  Pun sedap gak.  Rasanya berpasir sikit.  Tak macam telur ayam atau itik.  

     Telur penyu masih berpasir lagi se blm masak         Dah letak kicap.  Pasni terus msk mulut daaa....


Kami bertolak balik dari Pulau Redang jam 10.45 pagi.  Bot yang dinaiki memang baru dan amat selesa.  Bot kemudian berhenti seketika di Jeti Kampung Pulau Redang untuk ambil penumpang ke tanah besar dan jugak untuk membeli makanan yang dijual di jeti tersebut.  Kami mengambil peluang untuk turut merasai rojak buah yang dijual dekat situ.  Ila dan Ija beli air dan keropok.  










Sampai ke tanah besar, kami menaiki van untuk ke Kuala Terengganu.  Di pertengahan jalan Ila dapat balik beg kain telekung yang disangkakan hilang.  Rupanya beg tu tertinggal kat dalam van yang kami naiki dari airport ke jeti Merang.  Beg itu dipulangkan semula oleh pemandu van tersebut yang rupanya berkomunikasi dengan pemandu van yang sedang kami naiki itu.  Kami terus dibawa ke City Point Hotel yang Ila dah booked awal2 lagi.  Bilik deluxe ni kecik jer.  Ada satu katil besar dan satu katil kecik.  Kat bilik tulah kami berhimpit2 duduk dan baring sementara tunggu flight malam nanti. Terperanjat orang yang jaga kaunter tu bila ingat kami nak bermalam kat bilik tu.  5 dewasa dan 3 orang kanak2!  Giler kau! Hahaha. Yang agak mencabar bila kena naik ke tingkat 2 melalui tangga sambil bawak beg.  Rasa nak tercabut lutut aku dibuatnya. 

    Aezie dan Ammar di lobi hotel                                                                 Pemandangan dari luar City Point Hotel

Kami ambik peluang untuk ke Pasar Payang cari telur penyu dan barangan lain.  Ila pilih hotel nie pun sebab lokasi dia yang dekat sangat ngan Pasar Payangtu.  Sebelum ke Pasar Payang, kami pergi makan dulu kat bawah pokok kat depat hotel tu.  Memang sedap giler makan kat sini!  Ada pelbagai ulam, ada petai, ada kerdas, ikan bakar, ayam kampung gulai, sotong bakar xxl dan macam2 lagi.  Dia punya sambal belacan...pehhhh pedas dan masam!  Memang rasa nak datang lagi kat sini untuk makan.  Puas tul rasanya.  





Melintas jalan jer dari gerai nie, ada pulak pakcik yang jual cendol pulut.  Mula2 Ami beli dua gelas plastik.  Syireen mulanya tak nak sebab dah kenyang.  Tapi aku suh rasa gak.  Bila dah rasa, dia terus beli segelas lagi, dan Ila beli segelak pulak untuk Ammar.  Memang sedap giler.  Orang yang belipun tak putus2.  Memang popular rasanya cendol pakcikni.  Selain sedap, dia punya tempat berniagapun nampak amat bersih dan meyakinkan sungguh.

                                                                                                                          Nampak sedap giker kan? 




Masuk jer ke Pasar Payang, bahang panasnya memang cukup terasa.  Berpeluh2 kita orang.  Tapi bila nampak jer telur penyu, rasa lega betul.  Telur penyu dari Sabah harganya RM28 untuk 10 biji.  Bagi telur penyu Terengganu harganya lebih mahal.  Sekitar RM38 - RM40.  Aku rembat telur penyu Terengganu 10 biji dan Amipun rembat 10 biji gak pada harga RM38.  

Naik ke tingkat atas, byk jual kain batik Terengganu dan songket.  Tapi tak seorangpun yang beli kain atau songket.  Sekadar tengok jer la.  Malas rasanya nak menempah.  Baik beli baju yang dah siap.  Tapi ada gak yang beli baju tidur.  Dalam 1 jam jer kami di sini, kamipun kembali semula ke hotel yang jaraknya dalam 50 meter jer.  Yang beli banyakpun makanan je.  

pemandangan di tingkat bawah Pasar Payang


Di hotel, kami mandi dan melelapkan mata seketika dalam keadaan bersesak2.  Jam 7.30 dua buah teksi membawa kami ke airport.  Jam 10.30 kami tiba di LCCT.  Sebelum balik ke rumah kita orang singgah menge'teh' kat restoran As-salam Nilai.  

Percutian yang menarik dan menyeronokkan.  Malangnya terasa sedikit kekurangan kerana ianya tidak seindah percutian 11 tahun yang lalu.  Tika itu batu karangnya cukup berwarna warni dan mengkagumkan.  Ianya bagai syurga dunia dasar laut yang tiada tandingannya....Pulau Redang, bukan lagi Pulau Redang yang aku kagumi seperti 11 tahun yang lalu.  

Kami sedang mengintai Pulau Mabul untuk percutian akan datang......InsyaAllah!