Friday, 21 September 2012

REDANG....NEMO YANG DITEMUI

 aezie di jeti Merang

Aku kembali semula ke Redang pada 13 Sept 2012 untuk snorkeling setelah kali terakhir berbuat demikian kira-kira 11 tahun yang lalu.  Dalam masa 11 tahun tu ada 2 kali lagi aku ke Redang, tapi sekadar untuk berehat melihat laut dan berenang ala-ala manja kat pantai dekat Berjaya Redang Resort tu.  La nie dah tukar pada The Taaras Beach & Spa Resort.

Seawal jam 8.00 pagi aku, Aezie dan anak saudara aku, Ami, Ila, Ija dan Syireen, jugak anak Ami, Ammar dan Amzar dah tiba kat Kuala Terengganu menaiki flight Air Asia.  Kami dijemput oleh van yang akan membawa kami ke jeti Merang.  Tapi sebelum tu kami mintak pemandu van tu bawak kami sarapan dulu.  Perut dah keroncong.  Bebudak dah makan nugget kat flight.  So kami berhenti di gerai Che Wer

  


















nasi dagang dengan ayam goreng pilihan aku

Makanannya boleh tahan.  Ada pilihan.  Ada nasi lemak, nasi dagang, mee dan kuih muih.  Dah datang Terengganu, makanya aku pekena nasi dagangla.  Yang tak boleh lupa tu masa nak keluar dari gerai, anak sedara aku kata kuih kaswi dia sedap.  Akupun terus nak bungkus.  Aku taya orang yang jaga tu, kuih kaswi ni camana kira.  Yang sorang kata 40 sen dan sorang kata 50 sen.  Boleh?  Tak kisahla.  Kalau betul seringgitpun apa salahnya.  Janji sedap.  Lalu aku amikla 4 biji.  Aku bagi duitRM2 sebab katanya 50 sen satu.  Aku bagi duit kat akak sorang tu.  Tetiba masa nak masuk ke van akak tu berlari datang dan serahkan balik 50 sen.  Konfius la aku.  Aku tanya akak tu berapa sebenarnya harga kuih ni, kata 50 sen?  Dia pulak pi tanya kat orang yang yang dalam kedai berapa harga.  Kan ke pelik tu?  Semua orang bagi harga yang berbeza.  Kalau nak 'pau' pun agak-agakla kak oiii... Tak kan setakat sepuluh sen boleh jadi kaya.  Lantak pi kat depa lah.  Janji sedap!

Kul 10.30 pagi kami sampai kat jeti Merang.  Tunggu bot untuk ke Pulau Redang.  Sementara tunggu, kami bergambar sakan.  Cantik view kat sini.



20 minit dalam bot lalu tibalah kami ke Mutiara Beach Resort.  Aku memang tak angkat pot pun kat mana nak stay sebab anak sedara aku, Ila dah uruskan semua.  Sebaik tiba aku dah teruja bila tengok lautnya yang cukup jernih dan kat jeti itu ada jutaan anak ikan yang berkumpul membentuk satu kawasan yang kelihatannya gelap dari atas!  Tak sabar nak snorkeling!  Haripun memang cerah giler.  Panas tak payah cakapla.  Rasa terbakar muka sebaik saja berjalan di atas jeti.  


     Anak ikan yang berjuta-juta boleh nampak dari atas jeti....


Lepas check in, lepak sat tengok pantai. Lepastu lunch.  Kira boleh tahanla dengan harga pakej yang murah meriah.  Untuk satu bilik 3 hari 2 malam dan 4 meals sehari, harganya hanya RM720 untuk aku dan Aezie.  Ini termasuk bot untuk pergi snorkeling.  Cuma jacket & snorkel mask kena sewa.  Itupun murah jer. RM20 untuk 3 hari tu.  Biliknya ada dua queen bed.  Elektrik guna generator.  Ada aircond lagi.  Tapi TV tak adalah.  Ada towel dan sabun lux kecik tu.  Lain2 takde.  Itu pasal Aezie merungut kata tak best sebab TV tak ada.


Yang menarik semasa tiba kat Mutiara nie ialah kami disambut oleh sekor biawak yang cukup besar.  Biawak ni selamba badak jer berjalan.  Tak ada sapa yang peduli.  Diapun haram tak takut ngan orang.  Yang terjerit2 anak aku si Aeziela.  Lepastu kat sini ada banyak tupai yang amat jinak.  Pekerja kat chalet nie memang kasi makan roti kat tupai tu semua.  Aku siap kasi tupai tu mamee lagi.  Makan kat tangan tuuu...Punyala jinak.  Cuma tak boleh pegang jer.   





Makananpun kira boleh makanla.  Kita orang siap mintak cili padi lagi kat makcik tukang masak tu.  Cuma makan yang tak best pada malam ke dua tu bbq kena bakar sendiri!!  Binatang yang adapun cuma ayam, fishball dan ikan bungkus aluminium foil.  Huhuhu.  Yang bagusnya air minuman panas tersedia 24 jam.  Ada teh dan nescafe.  Siap ada susu pekat lagi.

  
Hari pertama jam 2.30 kita orang gi snorkeling kat Long Beach.  Waktu yang mencabar bila nak naik bot.  Bot park kat tempat yg dalam.  Pastu plak ombak kuat.  Semua beg kena junjung takut basah.  Itupun kena orang lelaki.  Klau takat tinggi aku memang tenggelam beg tu.  Hari ke dua dah x bawak beg dah.  Klau ada yg bawakpun kena sarung ngan plastik.  So x boleh la aku bwk handpone utk amik gambar.  Snorkeling kat sini tidak begitu mengghairahkan.  Sebelum turun laut kena pijak bebatu tajam.  Pastu kena berenang agak jauh baru boleh nampak ikan dan batu karang.  Jam 4.30 dan balik semula ke chalet untuk menikmati makan petang.  Masani kita orang dihidangkan dengan kuih karipap dan cekodok.  Lapar punya pasal sedap jer lah.


 


Bebudak teruskan mandi kat depan chalet.  Lewat petang hujan dan barulah bebudak balik mandi.  Ami sempat jugak mencuba bakat main volleyball ngan bebudak muda tempatan.  Makan malam jam 8.00

Hari ke dua kami dibawa ke Marine Park selepas sarapan jam 9.30.  Kat sini ada banyak sangat ikan yang berwarna warni.  Orangpun ramai jugak.  Kami diberi masa 1 jam jer untuk snorkeling.  Memang rasa tak puas.  Semasa nak naik bot tu, aku jatuh pulak tergolek dog sebab lantai bot yang licin.  Sakit tul rasa tangan yang menahan.  Tapi gelak tetap tak hengat





jeti Marine Park

Petang sekali lagi kita orang dibawa ke satu kawasan untuk tengok ikan dan coral.  Bot berhenti di satu kawasan dan semua orang terjun laut.  Dari atas botpun dah boleh tengok ikan yang banyak dan berlumba-lumba untuk makan roti yang diberi.  Memang indah betul.  Aku suka snorkeling waktu ni.  Cuacapun tak berapa nak panas.  Orang yang bawak gi snorkeling tu menyelam dalam laut dan kemudian timbul sambil membawa seekor 'Nemo' dalam genggamannya!  Kecohla kita orang tengok Nemo oren berbelang yang kecik dan comel tu!  Tapi hanya seketika.  Nemo kembali dilepaskan ke laut. Tak sempat nak amik gambarpun.  Dan selepas itu hujan turun.  Air menjadi sedikit kelam.  Dan di laut nie jugaklah anak sedara aku si Ami muntah.  Ada beberapa lagi bebudak lain yang muka dan pucat lesi kat dalam bot sebab mabuk.  Ombak memang kuat.  Duduk dalam bot lagi parah, rasa perut dibuai2.  Baik berenang. 

Dan dalam perjalanan balik ke chalet, kami disambut oleh seekor penyu yang besar!  Cukup besar untuk dilihat dengan jelas.  Bot berhenti dan semua berlari ke depan bot untuk melihat.  Bot kemudiannya mengekori penyu dan ada sekali penyu tu timbul ke permukaan laut.  Barangkali untuk ucapkan terima kasih.  Hehehe.  Dia tak tahu yang akuni pemakan telur penyu!  Hahaha

Bersambung di SINI                

Lagi gambar2 di Redang....








    

No comments:

Post a Comment