Bahagian 1 di SINI
Tak kiralah camanapun, aku tetap nak cari dan makan telur penyu! Telur penyu ni unik. Masakla berapa lamapun, bahagian putihnya akan tetap cair dan kulit luar telur tetap lembik. Cara memasak dan makan: Rebus telur penyu dalam 10 minit. Kemudian koyakkan sedikit kulit telur penyu yang nipis tu dan masukkan kicap. Kemudian terus saja sedut telur tu dari cengkerang dia. Tak payah letak dalam mangkuk, tak best. Itu cara aku yang suka kicap nie la. Tapi ada yang makan macamtu jer. Pun sedap gak. Rasanya berpasir sikit. Tak macam telur ayam atau itik.
Kami bertolak balik dari Pulau Redang jam 10.45 pagi. Bot yang dinaiki memang baru dan amat selesa. Bot kemudian berhenti seketika di Jeti Kampung Pulau Redang untuk ambil penumpang ke tanah besar dan jugak untuk membeli makanan yang dijual di jeti tersebut. Kami mengambil peluang untuk turut merasai rojak buah yang dijual dekat situ. Ila dan Ija beli air dan keropok.
Sampai ke tanah besar, kami menaiki van untuk ke Kuala Terengganu. Di pertengahan jalan Ila dapat balik beg kain telekung yang disangkakan hilang. Rupanya beg tu tertinggal kat dalam van yang kami naiki dari airport ke jeti Merang. Beg itu dipulangkan semula oleh pemandu van tersebut yang rupanya berkomunikasi dengan pemandu van yang sedang kami naiki itu. Kami terus dibawa ke City Point Hotel yang Ila dah booked awal2 lagi. Bilik deluxe ni kecik jer. Ada satu katil besar dan satu katil kecik. Kat bilik tulah kami berhimpit2 duduk dan baring sementara tunggu flight malam nanti. Terperanjat orang yang jaga kaunter tu bila ingat kami nak bermalam kat bilik tu. 5 dewasa dan 3 orang kanak2! Giler kau! Hahaha. Yang agak mencabar bila kena naik ke tingkat 2 melalui tangga sambil bawak beg. Rasa nak tercabut lutut aku dibuatnya.
Kami ambik peluang untuk ke Pasar Payang cari telur penyu dan barangan lain. Ila pilih hotel nie pun sebab lokasi dia yang dekat sangat ngan Pasar Payangtu. Sebelum ke Pasar Payang, kami pergi makan dulu kat bawah pokok kat depat hotel tu. Memang sedap giler makan kat sini! Ada pelbagai ulam, ada petai, ada kerdas, ikan bakar, ayam kampung gulai, sotong bakar xxl dan macam2 lagi. Dia punya sambal belacan...pehhhh pedas dan masam! Memang rasa nak datang lagi kat sini untuk makan. Puas tul rasanya.
Melintas jalan jer dari gerai nie, ada pulak pakcik yang jual cendol pulut. Mula2 Ami beli dua gelas plastik. Syireen mulanya tak nak sebab dah kenyang. Tapi aku suh rasa gak. Bila dah rasa, dia terus beli segelas lagi, dan Ila beli segelak pulak untuk Ammar. Memang sedap giler. Orang yang belipun tak putus2. Memang popular rasanya cendol pakcikni. Selain sedap, dia punya tempat berniagapun nampak amat bersih dan meyakinkan sungguh.
Masuk jer ke Pasar Payang, bahang panasnya memang cukup terasa. Berpeluh2 kita orang. Tapi bila nampak jer telur penyu, rasa lega betul. Telur penyu dari Sabah harganya RM28 untuk 10 biji. Bagi telur penyu Terengganu harganya lebih mahal. Sekitar RM38 - RM40. Aku rembat telur penyu Terengganu 10 biji dan Amipun rembat 10 biji gak pada harga RM38.
Naik ke tingkat atas, byk jual kain batik Terengganu dan songket. Tapi tak seorangpun yang beli kain atau songket. Sekadar tengok jer la. Malas rasanya nak menempah. Baik beli baju yang dah siap. Tapi ada gak yang beli baju tidur. Dalam 1 jam jer kami di sini, kamipun kembali semula ke hotel yang jaraknya dalam 50 meter jer. Yang beli banyakpun makanan je.
Di hotel, kami mandi dan melelapkan mata seketika dalam keadaan bersesak2. Jam 7.30 dua buah teksi membawa kami ke airport. Jam 10.30 kami tiba di LCCT. Sebelum balik ke rumah kita orang singgah menge'teh' kat restoran As-salam Nilai.
Percutian yang menarik dan menyeronokkan. Malangnya terasa sedikit kekurangan kerana ianya tidak seindah percutian 11 tahun yang lalu. Tika itu batu karangnya cukup berwarna warni dan mengkagumkan. Ianya bagai syurga dunia dasar laut yang tiada tandingannya....Pulau Redang, bukan lagi Pulau Redang yang aku kagumi seperti 11 tahun yang lalu.
Kami sedang mengintai Pulau Mabul untuk percutian akan datang......InsyaAllah!
please stop buying turtle eggs.I know it's delicious and such but marine turtle are on the brick of extinction.If there is no demand then the selling will too.turtle are listed as critically endangered in the IUCN Red List and protected in CITES ,Appendix 1.Many thanks
ReplyDeleteMemalukan! Makan telur penyu yang dah tau nak pupus tu!
ReplyDeleteItu antara pemakan dengan Allah.Kepada Allah kita beserah.
ReplyDeleteMcm tu bolh lh berjudi main pelacur balun punggung pondan nnti org marah kita ckp antara kita dgn Allah,kpd Allah kita berserah
DeleteSedap la. Nak malu apa makan? Xda benda kekal dlm dunia ni
ReplyDeleteOrang mcm hang yang patutnya tak kekal dalam dunia ni
ReplyDeletePenyu bukn binatang 2 alam ker??mcm mna telur dia bolh mkn??harammmm
ReplyDelete