(Untuk cerita sebelum ini sila klik di sini: PART 1 dan PART 2)
Memang bila tidak ikut tour ke negara yang tidak pernah kita kunjungi, kita akan menghadapi pelbagai masalah dan keadaan yang tidak dijangka. Itulah yang berlaku kepada aku di Beijing. Tapi itulah yang menariknya!
Hari ke 4 di Beijing (13/1/2011) aku dah serik nak amik dan bayar tukang pandu arah lagi dan merancang untuk bergerak sendiri. Kebetulan pulak pekerja hotel Mercure tu, Roger memang bercuti haritu, jadi dia menawarkan diri dia untuk bawak kita orang main ski! Main ski tuuu... Memang kita orang dah plan nak main ski kat Beijing ni. Roger bagitahu yang ada satu tempat yang murah meriah untuk main ski. Kita orang follow jer la. Tapi bukannya dekat. Penghujung kampung beb! Turun naik tren dan turun naik bas. Yang bestnya train dan bas dia memang murah. RM1 jer boleh pergi jauh dan melalui berbelas perhentian.
Makin lama semakin jauh ke pendalaman. Yang tak boleh lupa bila naik satu bas ni, ada apek tu meludah macamtu jer kat dalam bas. Rupanya memang budaya depa meludah sana sini tak kira tempat. Rasa kembang tul tengkuk aku dibuatnya.
Akhirnya setelah beberapa jam kita orang sampaila ke tempat main ski tu. Memang tak sorangpun kelihatan yang lain dari muka-muka Cina. Tempat tu tak popular di kalangan pelancong asing. Semuanya Roger yang uruskan dari beli tiket sampailah cari orang yang nak kena ajar kita orang guna menatang ski tu.
Mula-mula memang rasa takut jugak nak main. Takut jatuh sebab lutut akupun bukan remaja lagi. Kalau jatuh sah-sah boleh patah punya. Tapi bila dah sampai, rugi pulak rasanya tak main. Dan akupun tak tahu yang si Roger tu pun tak pernah main dan ini kali pertama dia cuba macam kita orang. Hampeh tul!
Mula-mula pasang kasut tu rasa tak boleh nak jalan. Rasa berat tul kaki. Tapi Aezie selamba jer. Sekejap jer dia dah boleh mengelunsur atas salji tiruan tu. Yang aku terkial-kial jugaklah. Kita orang bayar sorang jer tukang ajar untuk beberapa minit. Selepastu kita orang terpaksa uruskan diri masing-masing. Mula-mulatu ok jugak. Hana terjatuh sekali dan menderita sakit, tapi terus jugak main.
Macam dah pro jer kan? Nampak tak cable car kat belakangtu?
Kemudian kita orang nampak cable car yang orang duk naik. Kita orangpun buat muka selamba naik jugakla. Masa nak naik tu pun punyalah kelam kabut sebab kaki dah berat dan nak adjust badan lagi. Punyalah kelam kabut sampai terjatuh kayu ski! So, orang yang belakang kita orang terpaksa bawakkan untuk kita orang. Itu tak apa lagi. Sampai tengah jalan, kat tempat yang tinggi, kita orang dah mula risau. Macammana nak turun? Cable car tu bukannya berhenti. Kita kena turun cepat-cepat. Aku pulak kena pegang Aezie lagi. Dahla nak pijakpun belum pro lagi, inikan pulak nak cepat-cepat turun sambil pegang budak!! Roger naik cable car kat depan. Diapun nampak panik semacam gak.
Panik punya panic, kita orang sampai gak ke penghujung jalan, atas bukit yang agak tinggi. Nak tak nak kita orang melompak gak la turun. Aku terjatuh dengan Aezie dan Hana pun jatuh jugak, terduduk. Aku dan Hana tak dapat bergerak. Aku sempat berguling sikit jer. Roger sempat tarik Aezie yang dah mula menangis supaya jauh dari cable car. Hana pulak lagi parah sebab masa jatuh tu, tak boleh bangun dan kerusi cable car yang berikutnya melanggar kepala dia. Kuat tuu....Masing-masing tak boleh bangun, cable car seterusnya dah nak sampai lagi. Mujur ada orang dekat situ yang jaga cable car tu tolong tarik kami dari jadi mangsa kereta kabel yang lain. Sakit-sakit jugak, tapi gelak tak hingat dunia. Si Rogerpun sama bangang gak. Gelak bagai tak mahu. Apa lagi bila tengok orang yang berikutnya jugak jatuh terduduk!
Bila dah macamtu, kita orang sepatutnya turun ke bawah ski sendiri. Tengok punyala curam. Fikir punya fikir, ini kes gila. Sampai kat bawah belum tentu hidup lagi. Kalau hidup pun mesti patah riuk punya! Dengan muka tak malu kita orang mohon kat orang yang jaga tu untuk turun ke bawah naik cable car tu balik. Malu tul rasanya. Roger teruskan niat dia turun ski sendiri. Masa balik tu dia bagitahu yang dia memang terguling-guling jatuh. Memang sakit, katanya. Padan ngan muka dia. Hehehe.
Sampai kat bawah Hana dah takut nak main lagi. Kepala diapun masih sakit. Tapi kasut ski kena pakai gak, kalau tidak susah la nak balik ke tempat asal. Orang lain tak pedulipun kat kita orang. Masa tu aku masih ok lagi. Kemudian sampai kat satu escalator tu, aku nak turun. Masa ni pulak aku landing salah. Kaki kanan bergerak ke lain, kaki kiri bergerak ke lain! Jatuh terkangkang beb! Bukan sikit punya kangkang, macam kangkang pemain jimnastik tuuu!! Sakitnya Tuhan sajalah yang tahu. Menjerit dan tak ada pulak yang nak tolong.
Aezie kemudian dengan machonya datang dan hulur tangan dia untuk tolong. Hebat tul anak aku tu...Tapi mustahil aku nak capai tangan dia, mesti dia pun akan jatuh sama. Orang Cina yang ada kat belakang aku tu pulak dalam keadaan merbahaya sebab anak dia berada kat depan dan tempat landing di depan ada aku yang tak bangun-bangun. Mujur dia cepat melompat ke lain sebelum sampai dan angkat anak dia yang memang hampir jatuh. Dia panggil sorang penjaga kat situ dan marah-marah orang tu yang tak nak tolong aku. Barulah orang yang jaga kat tempat tu tolong tendang dan bukak kasut ski tu sampai terbukak ke dua-duanya. Itupun sakit sungguh rasanya. Bila kasut berat tu dah terkeluar dari kaki, barulah ok sikit, dan barulah aku boleh bangun. Tapi kesakitantu berlanjutan berbulan lamanya. Aku tak boleh duduk bersila dengan baik. Itulah penangan ski di Beijing!! Sebenarnya orang tua kata memang betul, belum merangkak dah nak berlari. Macamtu lah kami. Baru je belajar 10 minit dah perasan nak main macam orang pro tu derrr!
Memang kenangan bermain ski terus segar kat dalam ingatan. Sekarangni, kalau orang ajak aku pergi main lagi, mampus aku tak nak. Cukuplah sekali. Sampai terkepak kaki aku dibuatnya. Nyaris tak masuk spital je.
Dalam perjalanan balik yang agak jauh tu, kami asyik ketawa saja. Roger pun tak henti-henti ketawa walaupun penat. Bila sampai hotel, kita orang bagi sikit tips kat Roger sebagai tanda terima kasih sebab bawak kita orang main ski. Balik tu masing-masing penat dan sakit semua badan.
Keesokan harinya, kami menjamu selera lagi di kedai makanan cina muslim dan selepas itu ambik teksi terus ke zoo Beijing.
Dapatlah tengok panda bermain-main di sebalik cermin. Comel sangat. Dan sebagai tanda ingatan, akupun belilah satu panda mainan buat Aezie. Lama jugak kita orang amik masa di zoo ni. Selepas keluar dari zoo, kita orang menyusur di sekitarnya dan jumpa kedai yang macam Pertama Kompleks. Banyak barangnya yang murah. Tapi aku sambar sehelai baju T-shirt je kat situ.
Bila keluar dari situ hari dah lewat petang. Sejuk sangat-sangat. Dah ramai yang beratur untuk mendapatkan teksi. Mula-mula tu kita orang turut beratur jugak. Sejuk tak payah cakapla. Kesian dengan Aezie. Tapi bila tengok tak ada sebuah teksipun yang berhenti, kami berjalan ke tempat perhentian yang lain. Pun susah jugak untuk dapatkan teksi. Masatu orangpun balik kerja kot. Tu pasal payah nak dapat transport. So, kita orang terus berjalan sebab kalau berdiri saja memang tak boleh nak tahan kesejukannya yang melampau. Jalan punya jalan sampai malam dan masih tak dapat jugak teksi. Aku dah mula panic. Aezie dah merengek kesejukan. Baju sejuk yang kononnya boleh menampung sejuk -25 macam tak berfungsi jer rasanya.
Kaki rasa nak patah punyalah jauh berjalan tanpa tahu arah tujuan. Memang nak menangis rasanya. Menyesal tak sudah tak balik terus lepas pergi zoo tadi. Jalan punya jalan kita orang sampai ke sebuah shopping mall Jepun. Entah apa namanya akupun tak ingat. Di situ kami rehat seketika dan aku bagi Aezie makan sebab dia lapar sangat. Kami panaskan badan sekejap di mall tu. Dalam 15 minit kami keluar dari mall untuk dapatkan teksi. Masatu memang dah malam. Hampir jam 8 malam waktu tempatan. Cuaca masa tu -10. Aku tahupun bila dah kembali ke hotel dan cek dia punya suhu. Bayangkan laa...Dengan angin lagi, memang tak boleh nak tahan. Dah tak ada suara yang keluar dari mulut kita orang. Hidung Aezie dah mula berdarah. Memang aku panic gak.
Kita orang terpaksa singgah kat satu Mc Donald. Kebetulan tidak jauh dari McD tu ada perhentian teksi. Aku dan Hana bergilir-gilir tunggu teksi. Tak boleh lebih dari 5 minit kat luar, dah masuk balik ke McD. Lama jugaklah tunggu sehingga akhirnya teksi penyelamatpun tiba! Rasa nak peluk driver teksi tu bila dia setuju nak hantar kita orang ke hotel yang jaraknya boleh tahan jauh. Dalam 30 minit jugak baru sampai ke hotel. Yang bagusnya pemandu teksi Beijing ni memang semuanya jujur. Depa tak tipu pelanggan. Susah macammanapun depa tetap ikut meter bila jalan.
Sampai kat hotel, betul-betul rasa serik nak berjalan di musim sejuk yang melampau ni. Tak boleh nak enjoy sangat. Masatu rasa tak sabar nak balik ke Malaysia. Panas pun panasla!
Dan keesokan harinya kamipun berangkat balik ke Malaysia dengan selamatnya..... Kenangan dingin beku di Beijing terus sebati dalam ingatan. Setiap kali minum teh tarik dan teringat balik kenangan di Beijing kami akan ketawa. Inilah salah satu percutian yang sukar untuk aku lupakan.....
aksi aezie di airport Tianjin
Tamat....