Pernah melihat hamparan kapas yang meluas, yang menakung air yang jernih membiru? Itulah keindahan ciptaan Tuhan di bumi Turki! Salah satu keajaiban dunia yang harus dilawati dan dihargai oleh semua umat manusia.
Melihat sendiri keindahan kolam air mineral ala spa bertingkat di Pamukkale adalah peluang keemasan yang tidak datang selalu dalam hidup. Rombongan keluarga Eurofine (m) Sdn. Bhd menjadikan Pamukkale lokasi kunjungan pada hari ke 3 di Turki atau lebih tepat lagi bertarikh 7/7/2010. Keluarga besar Eurofine berada di Turki dari 5/10 sehingga 13/10/2010.
Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud Benteng Kapas, terletak dalam wilayah Denizli di barat daya Turki. Dari jauh tempat ini kelihatan memutih bak salji dan kedudukannya yang bertingkat-tingkat memukau pandangan kami. Ia terbentuk dari formasi lanskap yang berlaku ribuan tahun yang dulu. Airnya yang mempunyai suhu antara 35 sehingga hampir 100 darjah selsius mengandungi kalsium karbonat yang dikatakan boleh menyembuh pelbagai penyakit seperti sakit sendi, sakit jantung, kulit, mata dan bagus untuk peredaran darah. Kerana suhunya yang tinggi, airnya tidak pernah membeku sekalipun dalam musim dingin di Turki.
bentuk tekstur batu dari dekat.
Tengok, best kan? Boleh rendam kaki! Bagus sekali sebab boleh ubat sakit sendi! Nanti kalau dah rendam kaki, balik Malaysia gerenti lutut aku dah remaja balik. Hehehe. Tapi takla semudah tu. Bukan boleh sekali rendam dah boleh baik. Kalau macamtu senang sangatla. Ramai lah orang dari seluruh dunia datang kat sini. Katanya untuk pulih, kena rendam hari-hari selama 15 hari dan kalau boleh sebulan! Sebulan? Dapat rendam sejampun dah kira ok. Kita orang dibagi masa sejam jer untuk ada kat sini. Itu termasuk nak berjalan, nak rendam kaki, nak amik gambar, nak menikmati alam, nak makan ais krim, nak beli souvernir dan lain-lain lagi. Mengarut betulkan? Tapi itulah hakikatnya yang terpaksa kami tempoh sebab segalanya dah dijadualkan.
Jadi sebaik sampai jer kami dengan segeranya menanggalkan kasut masing-masing untuk merasai kepanasan air dan memijak batu putih bak kapas tu.
Pamukkale dan kawasan sekitarnya menjadi Tapak warisan Dunia di bawah UNESCO. Sebab tu ianya dipantau oleh pihak berkuasa dan bukan semua tempat boleh dipijak sesuka hati mak kita. Kasut dan stoking kena bukak. Dan ada jugak yang berendam badak kat sini. Kita orang tak bolehla buat cam gitu sebab tak cukup masa. Dan lagi, size badan yang tak menggalakkan kita orang buat cam gitu. Hehehe.
Dalam perjalanan balik ke bas, kita orang singgah makan ais krim dan air soda dalam botol kaca yang comel. Dan kami jugak sempat membeli souvernir di kedai jualan. Cik Ida beli bekas kaca yang dibentuk seperti daun maple yang melambangkan logo syarikat kami Eurofine.
Memang aku akui tidak memadai dengan masa yang diberikan untuk menikmati tempat seindah ini. Jika boleh nak duduk seharian dan melihat matahari terbenam di sini. Alangkah jiwangnya kalau dapat!! Tapi apa-apapun, terima kasih Eurofine!
Menariknya. Cerita la lagi. Mcmn nak pergi ke sini? Perlu ada tourist guide ke. Atau ada banyak teksi dan abs yg boleh bawak kita ke sini? Berapa jauh daripada bandar?
ReplyDelete