Memang cukup menarik! Walaupun KL begitu sibuk, tapi berada di tingkat 23 Ascott Kuala Lumpur langsung tidak menyedari kesibukan itu. Terasa seolah-olah berada di suatu lokasi yang asing. Damai dan nyaman dengan pemandangan yang cukup indah!!
Pemenang Certificate of Excellence 2012 Tripadvisor ini, Ascott menjanjikan satu pengalaman bermalam yang tidak boleh dilupakan. Ascott yang berkonsepkan service apartment ini betul-betul berada di hadapan KLCC dan Mandarin Oriental.
These luxurious and prestigious serviced accommodations cater to the
discerning executives and expatriates. Ascott Kuala Lumpur boasts of
spacious and elegant apartments, personalised services and extensive
business and recreational facilities. Ideal for overseas assignments,
leisure vacation and relocation, the residence offers an exclusive city
retreat while being just across the street from the famous Petronas Twin
Towers, KLCC Putra Line (Light Rail Transit), KLCC Park and a wide
variety of dining and entertainment options. Read MORE
Sebenarnya Ascott bukan bagi free room kat aku untuk aku promote, tapi aku bagi pembaca free informasi untuk yang berminat tinggal di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Hehehe.
Pemandangan sisi lobi Ascott KL dari depan
Aku booked melalui Agoda 1 bedroom Executive with bfast untuk satu malam sempena birthday Aezie. Harga semalam RM420. Campur service tax semua RM501.83. Lebih kurang sama bermalam di Mandarin Oriental satu ketika dulu. Cuma Mandarin berkonsep hotel. Bilik kecik jer la. Berbanding Ascott yang berkeluasan 872 sq ft dengan ruang tamu yang dipisahkan dari bilik. Ada dapur yang lengkap dengan dish washer, peti sejuk besar, microwave/ grill dan 4 dapur masak elektrik.
Ruang tamu yang cukup luas untuk budak bermain dan menonton TV. Katil king size dan ada sofa di bilik. Wardrobe yang agak besar dengan iron disediakan. Pendek kata biliknya memang sesuai untuk tinggal sebab dia berkonsepkan apartment. Restoran Sky Lounge di tingkat 22 pun memang indah pemandangannya. Kami bersarapan di sini sebelum check out. Memang ramai orang luar kat sini. Makanan dia kira ok jugaklah walaupun tak
banyak pilihan.
nie makanan pilihan aku.
Sebelum balik ke bilik Izmir sempat lagi rendam kaki kat swimming pool kat tingkat 22 tu. Pemandangan dari sini memang indah. Di sebelah kanan boleh nampak KLCC dan di sebelah kiri boleh nampak KL Tower.
Aezie cukup suka tinggal kat sini. Dia ngan Izmir asyik berlari dalam bilik. Main jer kerjanya. Sebaik sampai dan check-in aku bawak Aezie pergi Aquaria. Memang dekat sangat. Jalan kaki seberang jalan jer. Balik dari tengok ikan, kami pergi makan. Sebaik jer masuk dalam kereta Aezie dah tidur. So aku ngan Hana jer lah makan kat restoran Haslam. Aku makan kuih jer sebab masa tupun dah pukul 4pm. Balik dari Haslam, aku pergi KLCC untuk beli mainan Aezie. Aezie terus tidur. Tak sedarpun dia.
Malam tu lapar lagi dan kita orang pergilah cari makan kat Restoran Pelita jalan Ampang tu. Memang ramai sangat orang dan aku tahu restoran mamak tu popular. Aku orderla mee mamak dengan sup ekor. Hana order mee goreng seafood dan Aezie nak makan megi jer. Tapi bila makan memang langsung tak kena ngan selera aku! Cuma sup kira boleh tahan la. Mee dia aku makan suku jer. Aezie makan dua tiga urat megi dan Hana makan sotong jer. Membazir sungguh. Dah lah macamtu, tempat nak parking pulak punyala sempit. Hana suh aku bawak kete sebab dia tak berani. Masa nak keluar tu memang aku gesel kereta orang! Habis bercalar kete X3 Hana. Nasib tak teruk sangat. Aku tak berhentipun. Buat selamba jer jalan. Memang serik nak datang lagi. Dahlah susah nak parking, tak sedap pulak tu. Yang lagi teruk aku order teh tarik bawak balik bilik. Teh tarik pun tak sedap jugak.
Malam tu, aku kasi Aezie kejutanla kononnya. Suka lah dia. Bukan apapun, beli kek jer ngan hadiah. Tapi inilah kali pertama buat macamtu masa birthday dia. Sebelum ini tak pernahpun sebab dipun tak reti lagi nak sambut bday.
Secara keseluruhan, aku berpuas hati sangat tinggal kat sini. Aku berangan, kalaulah ada sesiapa nak bagi aku satu unit apartment kat sini, alangkah indahnya.....Hehehe