Wednesday, 12 September 2012

TERJEBAK DI SWISS GARDEN....

Seminggu lepas raya aku pergi menghadiri kenduri perkahwinan kawan aku di Felda Keratong, Pahang.  Seawal jam 9.30 aku dan kawan aku bertolak dari Nilai untuk menghadiri satu jemputan kahwin dekat Banting, Selangor.  Kami melalui jalan lama Banting dari Masjid KLIA.  Mujurlah tidak begitu jauh dari Nilai.  Sampai jer kat situ waktu masih terlalu awal.  Pengantinpun sedang nikah di masjid berhampiran.  Kami makan ala kadar dan seterusnya bergerak balik ke rumah aku di Kasturi Height untuk aku tukar baju dan untuk Aezie ke toilet.  Dalam kul 11.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke Felda Keratong.  Kami pergi melalui Negeri Sembilan mengikut lebuhraya LEKAS dan keluar selepas Bukit Putus kalau aku tak salah.  Dari situ kami menyusur lagi sehingga melalui Istana lama Seri Menanti dan jalan terus lagi ke arah Pahang.  Punyala jauh.  Kiri kanan banyak hutan jer pulak tu.  Takde pemandangan yang menarik sangat.
 
Jam 3.00 petang baru sampai ke rumah pengantin.  Selepas makan kami sepatutnya pulang semula ke Nilai, tapi rasa tak best pulak.  Rasa tak berbaloi pergi jauh-jauh dan balik ke rumah.  So kami mengambil keputusan untuk menginap semalam di Pahang.  Lagipun esok masih cuti (Ahad). Kami mengambil keputusan untuk menginap di Kuantan!  Ingatkan dekat.  Mak oiii lagi sejam setengah jugak dari Felda Keratong ke Kuantan.  Tapi sebab jalan yang diikuti tu jalan yang baru, maka kita orang layan jer la.

Kami mencuba nasib di Swiss Garden Resort & Spa dan amat bernasib baik kerana masih ada bilik besar yang kosong.  Biliknya amat memuaskan hati dengan pemandangan yang jugak menyamankan mata.  Toiletpun bagus jugak.  Kiranya dapatlah melepaskan ke’tension’an kerana perjalanan yang lama haritu. 


pemandangan dari bilik hotel.  nampak kolam dan laut. tapi x sempat nk mandipun

Kerana penat kami tidak keluar makan malam tu.  Order jer dan makan dalam bilik.  Nasi goreng dia paling tak sedap dalam dunia!  Mee pun macamtu.  Nasib baik burger special dia sedap.  Tapi aku cukup suka dengan tempat makan hotel nie.  Kami bersarapan dulu sebelum check out.  Coffee house dia memang menarik.  Dia orang bermain dengan elemen air.  Tengok jer gambar kat bawah nie.  Lepastu dari tempat makan nie boleh nampak kolam renang dan jugak laut.  Makananpun banyak pilihan. 




izmir kalau pasal makan tak payah bimbang.  tolak batu jer, itupun batu dia try jugak

Selain dari itu aku puji hotel nie sebab lobby diapun cantik dan menarik jugak.  Banyak diletakkan kolam-kolam kecik di lobby.  Masih mengekalkan elemen air yang amat ketara.  Kiranya kalau duduk saja kat situ rasa tenangla.   Dan di lobby ini jugaklah Izmir, anak kawan aku jatuh tangga dan berdarah dahi dia.  Panik jugakla sekejap.

 di setiap sudut pasti ada air.  memang menyejukkan mata


Malangnya aku tak dapat duduk lama-lama sebab harus pulang dengan segera.  Takut jalan sesak.  Maklumlah musim raya.  Mesti ramai yang balik ke KL dari sebelah pantai Timur.  Cumanya cuaca memang panas melampau di Swiss Garden nie.  Masa sarapan pagipun, habis berpeluh badan aku walaupun tempat makan tu ada aircond.   Tak tahu sebab memang masatu musim panas ker atau sistem pengudaraan di sini memang kurang bagus.  Apa-apapun aku puji hotel nie sebab dia punya dekorasi yang cantik.  

Dan jika pergi ke Pahang, dua hotel yang menarik untuk diduduki iaitu Hyatt Regency di Teluk Cempedak dan jugak Swiss Garden nie.  Pasti tak mengecewakan......

No comments:

Post a Comment