Monday, 9 April 2012

PAMUKKALE....MENYAKSIKAN KEAJAIBAN DUNIA!

Pernah melihat hamparan kapas yang meluas, yang menakung air yang jernih membiru?  Itulah keindahan ciptaan Tuhan di bumi Turki!  Salah satu keajaiban dunia yang harus dilawati dan dihargai oleh semua umat manusia. 

Melihat sendiri keindahan kolam air mineral ala spa bertingkat di Pamukkale adalah peluang keemasan yang tidak datang selalu dalam hidup.  Rombongan keluarga Eurofine (m) Sdn. Bhd menjadikan Pamukkale lokasi kunjungan pada hari ke 3 di Turki atau lebih tepat lagi bertarikh 7/7/2010. Keluarga besar Eurofine berada di Turki dari 5/10 sehingga 13/10/2010.

  
Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud Benteng Kapas, terletak dalam wilayah Denizli di barat daya Turki.    Dari jauh tempat ini kelihatan memutih bak salji dan kedudukannya yang bertingkat-tingkat memukau pandangan kami.  Ia terbentuk dari formasi lanskap yang berlaku ribuan tahun yang dulu.  Airnya yang mempunyai suhu antara 35 sehingga hampir 100 darjah selsius mengandungi kalsium karbonat yang dikatakan boleh menyembuh pelbagai penyakit seperti sakit sendi, sakit jantung, kulit, mata dan bagus untuk peredaran darah.  Kerana suhunya yang tinggi, airnya tidak pernah membeku sekalipun dalam musim dingin di Turki.

                                                           bentuk tekstur batu dari dekat. 

     aruah Sofiyan...hehe (dia dh bkn lagi warga eurofine)

Tengok, best kan?  Boleh rendam kaki!  Bagus sekali sebab boleh ubat sakit sendi!  Nanti kalau dah rendam kaki, balik Malaysia gerenti lutut aku dah remaja balik.  Hehehe.  Tapi takla semudah tu.  Bukan boleh sekali rendam dah boleh baik.  Kalau macamtu senang sangatla.  Ramai lah orang dari seluruh dunia datang kat sini.  Katanya untuk pulih, kena rendam hari-hari selama 15 hari dan kalau boleh sebulan!  Sebulan?  Dapat rendam sejampun dah kira ok.  Kita orang dibagi masa sejam jer untuk ada kat sini.  Itu termasuk nak berjalan, nak rendam kaki, nak amik gambar, nak menikmati alam, nak makan ais krim, nak beli souvernir dan lain-lain lagi.  Mengarut betulkan?  Tapi itulah hakikatnya yang terpaksa kami tempoh sebab segalanya dah dijadualkan. 




Jadi sebaik sampai jer kami dengan segeranya menanggalkan kasut masing-masing untuk merasai kepanasan air dan memijak batu putih bak kapas tu.   
Pamukkale dan kawasan sekitarnya menjadi Tapak warisan Dunia di bawah UNESCO.  Sebab tu ianya dipantau oleh pihak berkuasa dan bukan semua tempat boleh dipijak sesuka hati mak kita.  Kasut dan stoking kena bukak.  Dan ada jugak yang berendam badak kat sini.  Kita orang tak bolehla buat cam gitu sebab tak cukup masa. Dan lagi, size badan yang tak menggalakkan kita orang buat cam gitu.  Hehehe.


Dalam perjalanan balik ke bas, kita orang singgah makan ais krim dan air soda dalam botol kaca yang comel.  Dan kami jugak sempat membeli souvernir di kedai jualan.  Cik Ida beli bekas kaca yang dibentuk seperti daun maple yang melambangkan logo syarikat kami Eurofine. 


Memang aku akui tidak memadai dengan masa yang diberikan untuk menikmati tempat seindah ini.  Jika boleh nak duduk seharian dan melihat matahari terbenam di sini.  Alangkah jiwangnya kalau dapat!!   Tapi apa-apapun, terima kasih Eurofine! 





Wednesday, 4 April 2012

DINGIN D'BEIJING Part 3

 
(Untuk cerita sebelum ini sila klik di sini:  PART 1 dan PART 2)

Memang bila tidak ikut tour ke negara yang tidak pernah kita kunjungi, kita akan menghadapi pelbagai masalah dan keadaan yang tidak dijangka.  Itulah yang berlaku kepada aku di Beijing.  Tapi itulah yang menariknya!  

Hari ke 4 di Beijing (13/1/2011) aku dah serik nak amik dan bayar tukang pandu arah lagi dan merancang untuk bergerak sendiri.  Kebetulan pulak pekerja hotel Mercure tu, Roger memang bercuti haritu, jadi dia menawarkan diri dia untuk bawak kita orang main ski!  Main ski tuuu...  Memang kita orang dah plan nak main ski kat Beijing ni.  Roger bagitahu yang ada satu tempat yang murah meriah untuk main ski.  Kita orang follow jer la.  Tapi bukannya dekat.  Penghujung kampung beb!  Turun naik tren dan turun naik bas.  Yang bestnya train dan bas dia memang murah.  RM1 jer boleh pergi jauh dan melalui berbelas perhentian.  


Makin lama semakin jauh ke pendalaman.  Yang tak boleh lupa bila naik satu bas ni, ada apek tu meludah macamtu jer kat dalam bas.  Rupanya memang budaya depa meludah sana sini tak kira tempat.  Rasa kembang tul tengkuk aku dibuatnya.

Akhirnya setelah beberapa jam kita orang sampaila ke tempat main ski tu.  Memang tak sorangpun kelihatan yang lain dari muka-muka Cina.  Tempat tu tak popular di kalangan pelancong asing.  Semuanya Roger yang uruskan dari beli tiket sampailah cari orang yang nak kena ajar kita orang guna menatang ski tu.   




Mula-mula memang rasa takut jugak nak main.  Takut jatuh sebab lutut akupun bukan remaja lagi.  Kalau jatuh sah-sah boleh patah punya.  Tapi bila dah sampai, rugi pulak rasanya tak main.  Dan akupun tak tahu yang si Roger tu pun tak pernah main dan ini kali pertama dia cuba macam kita orang.  Hampeh tul!

Mula-mula pasang kasut tu rasa tak boleh nak jalan.  Rasa berat tul kaki.  Tapi Aezie selamba jer.  Sekejap jer dia dah boleh mengelunsur atas salji tiruan tu.  Yang aku terkial-kial jugaklah.  Kita orang bayar sorang jer tukang ajar untuk beberapa minit.  Selepastu kita orang terpaksa uruskan diri masing-masing.  Mula-mulatu ok jugak.  Hana terjatuh sekali dan menderita sakit, tapi terus jugak main.   

   Macam dah pro jer kan? Nampak tak cable car kat belakangtu?


Kemudian kita orang nampak cable car yang orang duk naik.  Kita orangpun buat muka selamba naik jugakla.  Masa nak naik tu pun punyalah kelam kabut sebab kaki dah berat dan nak adjust badan lagi.  Punyalah kelam kabut sampai terjatuh kayu ski!  So, orang yang belakang kita orang terpaksa bawakkan untuk kita orang.  Itu tak apa lagi.  Sampai tengah jalan, kat tempat yang tinggi, kita orang dah mula risau.  Macammana nak turun?  Cable car tu bukannya berhenti.  Kita kena turun cepat-cepat.  Aku pulak kena pegang Aezie lagi.  Dahla nak pijakpun belum pro lagi, inikan pulak nak cepat-cepat turun sambil pegang budak!!  Roger naik cable car kat depan.  Diapun nampak panik semacam gak.

Panik punya panic, kita orang sampai gak ke penghujung jalan, atas bukit yang agak tinggi.  Nak tak nak kita orang melompak gak la turun.  Aku terjatuh dengan Aezie dan Hana pun jatuh jugak, terduduk.  Aku dan Hana tak dapat bergerak.  Aku sempat berguling sikit jer. Roger sempat tarik Aezie yang dah mula menangis supaya jauh dari cable car.  Hana pulak lagi parah sebab masa jatuh tu, tak boleh bangun dan kerusi cable car yang berikutnya melanggar kepala dia.  Kuat tuu....Masing-masing tak boleh bangun, cable car seterusnya dah nak sampai lagi.  Mujur ada orang dekat situ yang jaga cable car tu tolong tarik kami dari jadi mangsa kereta kabel yang lain.  Sakit-sakit jugak, tapi gelak tak hingat dunia.  Si Rogerpun sama bangang gak.  Gelak bagai tak mahu.  Apa lagi bila tengok orang yang berikutnya jugak jatuh terduduk!

Bila dah macamtu, kita orang sepatutnya turun ke bawah ski sendiri.  Tengok punyala curam.  Fikir punya fikir, ini kes gila.  Sampai kat bawah belum tentu hidup lagi.  Kalau hidup pun mesti patah riuk punya!  Dengan muka tak malu kita orang mohon kat orang yang jaga tu untuk turun ke bawah naik cable car tu balik.  Malu tul rasanya.  Roger teruskan niat dia turun ski sendiri.  Masa balik tu dia bagitahu yang dia memang terguling-guling jatuh.  Memang sakit, katanya.  Padan ngan muka dia.  Hehehe.


Sampai kat bawah Hana dah takut nak main lagi.  Kepala diapun masih sakit.  Tapi kasut ski kena pakai gak, kalau tidak susah la nak balik ke tempat asal.  Orang lain tak pedulipun kat kita orang.  Masa tu aku masih ok lagi.  Kemudian sampai kat satu escalator tu, aku nak turun.  Masa ni pulak aku landing salah.  Kaki kanan bergerak ke lain, kaki kiri bergerak ke lain!  Jatuh terkangkang beb!  Bukan sikit punya kangkang, macam kangkang pemain jimnastik tuuu!!  Sakitnya Tuhan sajalah yang tahu.  Menjerit dan tak ada pulak yang nak tolong.   

Aezie kemudian dengan machonya datang dan hulur tangan dia untuk tolong.  Hebat tul anak aku tu...Tapi mustahil aku nak capai tangan dia, mesti dia pun akan jatuh sama.  Orang Cina yang ada kat belakang aku tu pulak dalam keadaan merbahaya sebab anak dia berada kat depan dan tempat landing di depan ada aku yang tak bangun-bangun.  Mujur dia cepat melompat ke lain sebelum sampai dan angkat anak dia yang memang hampir jatuh.  Dia panggil sorang penjaga kat situ dan marah-marah orang tu yang tak nak tolong aku.  Barulah orang yang jaga kat tempat tu tolong tendang dan bukak kasut ski tu sampai terbukak ke dua-duanya.  Itupun sakit sungguh rasanya.  Bila kasut berat tu dah terkeluar dari kaki, barulah ok sikit, dan barulah aku boleh bangun.  Tapi kesakitantu berlanjutan berbulan lamanya.  Aku tak boleh duduk bersila dengan baik.  Itulah penangan ski di Beijing!!  Sebenarnya orang tua kata memang betul, belum merangkak dah nak berlari.  Macamtu lah kami.  Baru je belajar 10 minit dah perasan nak main macam orang pro tu derrr! 

Memang kenangan bermain ski terus segar kat dalam ingatan.  Sekarangni, kalau orang ajak aku pergi main lagi, mampus aku tak nak.  Cukuplah sekali.  Sampai terkepak kaki aku dibuatnya.  Nyaris tak masuk spital je.

Dalam perjalanan balik yang agak jauh tu, kami asyik ketawa saja.  Roger pun tak henti-henti ketawa walaupun penat.  Bila sampai hotel, kita orang bagi sikit tips kat Roger sebagai tanda terima kasih sebab bawak kita orang main ski.  Balik tu masing-masing penat dan sakit semua badan.  

Keesokan harinya, kami menjamu selera lagi di kedai makanan cina muslim dan selepas itu ambik teksi terus ke zoo Beijing.   

 
Dapatlah tengok panda bermain-main di sebalik cermin.  Comel sangat.  Dan sebagai tanda ingatan, akupun belilah satu panda mainan buat Aezie.  Lama jugak kita orang amik masa di zoo ni.  Selepas keluar dari zoo, kita orang menyusur di sekitarnya dan jumpa kedai yang macam Pertama Kompleks.  Banyak barangnya yang murah.  Tapi aku sambar sehelai baju T-shirt je kat situ.   


Bila keluar dari situ hari dah lewat petang.  Sejuk sangat-sangat.  Dah ramai yang beratur untuk mendapatkan teksi.  Mula-mula tu kita orang turut beratur jugak.  Sejuk tak payah cakapla.  Kesian dengan Aezie.  Tapi bila tengok tak ada sebuah teksipun yang berhenti, kami berjalan ke tempat perhentian yang lain.  Pun susah jugak untuk dapatkan teksi.  Masatu orangpun balik kerja kot.  Tu pasal payah nak dapat transport.  So, kita orang terus berjalan sebab kalau berdiri saja memang tak boleh nak tahan kesejukannya yang melampau.  Jalan punya jalan sampai malam dan masih tak dapat jugak teksi.  Aku dah mula panic.  Aezie dah merengek kesejukan.  Baju sejuk yang kononnya boleh menampung sejuk -25 macam tak berfungsi jer rasanya.   

Kaki rasa nak patah punyalah jauh berjalan tanpa tahu arah tujuan.  Memang nak menangis rasanya.  Menyesal tak sudah tak balik terus lepas pergi zoo tadi.  Jalan punya jalan kita orang sampai ke sebuah shopping mall Jepun.  Entah apa namanya akupun tak ingat.  Di situ kami rehat seketika dan aku bagi Aezie makan sebab dia lapar sangat.  Kami panaskan badan sekejap di mall tu.  Dalam 15 minit kami keluar dari mall untuk dapatkan teksi.  Masatu memang dah malam.  Hampir jam 8 malam waktu tempatan.  Cuaca masa tu -10.  Aku tahupun bila dah kembali ke hotel dan cek dia punya suhu.  Bayangkan laa...Dengan angin lagi, memang tak boleh nak tahan.  Dah tak ada suara yang keluar dari mulut kita orang.  Hidung Aezie dah mula berdarah.  Memang aku panic gak.   
Kita orang terpaksa singgah kat satu Mc Donald.  Kebetulan tidak jauh dari McD tu ada perhentian teksi.  Aku dan Hana bergilir-gilir tunggu teksi.  Tak boleh lebih dari 5 minit kat luar, dah masuk balik ke McD.  Lama jugaklah tunggu sehingga akhirnya teksi penyelamatpun tiba!  Rasa nak peluk driver teksi tu bila dia setuju nak hantar kita orang ke hotel yang jaraknya boleh tahan jauh.  Dalam 30 minit jugak baru sampai ke hotel.  Yang bagusnya pemandu teksi Beijing ni memang semuanya jujur.  Depa tak tipu pelanggan.  Susah macammanapun depa tetap ikut meter bila jalan. 

Sampai kat hotel, betul-betul rasa serik nak berjalan di musim sejuk yang melampau ni.   Tak boleh nak enjoy sangat.  Masatu rasa tak sabar nak balik ke Malaysia.  Panas pun panasla!   

Dan keesokan harinya kamipun berangkat balik ke Malaysia dengan selamatnya..... Kenangan dingin beku di Beijing terus sebati dalam ingatan.  Setiap kali minum teh tarik dan teringat balik kenangan di Beijing kami akan ketawa.  Inilah salah satu percutian yang sukar untuk aku lupakan.....

 
aksi aezie di airport Tianjin

Tamat....      
             

DINGIN D'BEIJING Part 2

(Untuk cerita sebelum ini sila klik di sini:  PART 1)

Badan dahla penat, sejuk dah sampai ke tulang, tetiba lak nama tak tersenarai.    Nak tak nak terpaksalah aku bayar dulu harga penginapan RM3,000 menggunakan credit card aku.  Pihak hotel cakap depa akan usahakan keesokan harinya dengan Air Asia.  Walaupun bengkek, tapi bila masuk bilik memang terasa lega.  Terus aku masak air dan kita orangpun pekena megi cup campur dengan serunding daging.  Mak oiiii sedapnya tuhan jer yang tahu.  Lepas makan, kita orang terbongkang tidur! 

Keesokan harinya aku diberitahu masih belum lagi mendapat jawapan dari Air Asia.  Aku terus masuk ke bilik yang menyediakan internet dan email masalah aku ke kakitangan Air Asia Go Holiday dan mintak depa selesaikan masalah aku dengan segera. 

Pagi tu kami masuk ke restoran hotel untuk bersarapan.  Memang ada banyak roti dan makanan yang disediakan tapi semuanya berasaskan babi!  Nak tak nak, kami makan je la roti dan bawak lari telur rebus.  Itu jugaklah rutin kami setiap pagi duk seludup telur berbiji-biji masuk dalam beg untuk di makan waktu lunch atau dinner dengan megi. 

Hari pertama tu kami tak merancang untuk berjalan lagi sebab nak cari dulu kedai makan yang halal.  Kami jugak baru nak cari local travel agen yang boleh bawak kami berjalan ke tempat yang menarik di Beijing.  Dan ketika inilah kami berkenalan dengan seorang pekerja hotel yang cute bernama Roger.   

 bersama Roger di Mercure Hotel

Budak Rogerni tugas dia di tepi pintu masuk dan menyapa pengunjung yang tiba sambil membukakan pintu hotel.  Melalui Rogerlah kami tahu ada sebuah restoran cina Muslim yang halal tidak jauh dari hotel.  Tapi kami perlu menaiki teksi.  Roger menulis dengan tulisan Cina dan diberikan kepada pemandu teksi ke mana kami akan pergi.  Sebab dalam teksi, pemandu memang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.  Nak bagitahu bayaranpun depa cuma tunjuk harga di meter.

Sedap gak makan kat restoran ni.  Macam-macam yang kami order.  Restoran ni jadi tempat makan wajib aku selama di Beijing.  Petang itu kami meminta bantuan Roger untuk dapatkan trip sehari di Beijing dengan pemandu arah untuk keesokan harinya. Malam itu baru pekerja hotel memberitahu yang Air Asia Go Holiday dah confirm tentang penginapan kita orang kat hotel tu.  Lega rasanya....

 yg kaler hijautu lah restorannya....                                   mcm mkn utk 6 org! Aezie tension tgk mknan

Hari ke 3 di Beijing, kami dibawa menggunakan sebuah kereta sewa dengan seorang wanita sebagai pemandu pelancong yang bertutur bahawa Inggeris.   Tempat pertama yang dibawa melawat ialah Ming Tombs tempat di mana Emperor Dinasti Ming dikuburkan.  Selepas bergambar seketika, kami dibawa pulak melawat Dragon Land Superior Jade yang menjual batu jade yang bermutu di China.  Aku tak beli apapun kat sini.  Sekadar tengok-tengok jer la.  Hana beli jugak yang cop nama tu.  Tak tahulah nak buat apa pun.  Setakat nak wat kenang-kenangan je kot.   

 bergambar kenangan di Ming Tombs                                Aezie di tempat jual batu jade & tembikar

  
Lepastu kami pergi ke Tembok Besar China.  Cuaca yang cukup sejuk membuatkan kami tak boleh lama memanjat anak-anak tangga.  Tak boleh tahan.  Separuh jalan jer kami dah mengalah dan turun.   Tapi paling tidak aku berjaya jugaklah sampai ke salah satu benda ajaib di dunia yang dulu pernah ayah aku tanya masa aku kecik.  Apa 7 benda ajaib di dunia?  Hehehe.  


 
Selepastu kami dibawak pulak keTea House yang menjual pelbagai jenis teh cina.  Kami diberi rasa kesemua teh dan diberitahu khasiatnya.  Kat sini aku beli jugaklah satu kotak teh dan cawan yang boleh bertukar gambar bila terkena air panas.  Sampai dah setahun teh tu aku tak minumpun.  Last-last masuk bakul sampah jer la....
Yang aku tak boleh lupa bila pemandu pelancongni bawak kita orang ke Bird Nest Olympic Stadium.  Mula-mulatu kami dah kata tak berminat nak pergi.  Tapi minah tu yakinkan kami sebab kat stadium tu ada tukang urut yang akan bagi urut kaki percuma kepada kami.  Memangla bunyinya menarik sebab kakipun dah penat berjalan, kalau kena urut free mestilah tak tolak, betul?  Bila sampai jer kami diperkenalkan dengan sorang yang barangkali berusia di lingkungan 50-an yang dipanggil sifu.  Kami masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya diminta berehat.  Kaki kami kemudiannya diurut oleh dua orang perempuan Cina.  Memang indah tul rasanya.  Lepastu masuklah si sifu ni tadi dan mintak aku hulur tangan untuk cek kalau-kalau aku ada penyakit.  Diani bukan doctor tapi dia mahir dalam perubatan alternative.  Diani kononnya salah seorang dari pasukan perubatan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan atlet-atlet sukan Olimpik di Beijing berada dalam keadaan sihat.  Dalam duk pegang-pegang tangan aku tu dia terus jer cakap penyakit yang aku ada dan memang betul apa yang dia cakap.  Entah apa dia punya temberang, akhirnya aku terbeli jugak ubat pil yang berharga RM1,700 dan Hana RM2,200!  Bukan sikit-sikit beb!  Tapi masatu kita orang duk rasa, apalah guna duit kalau kita sakit.  Memang betul pun.  Tapi masalahnya kita orang bukannya sakit sangat pun, cuma kononnya takut nanti dalam 5, 6 tahun lagi kita orang akan merana sakit.  

Bila balik Malaysia, kawan dan partner Cina aku Mr Gyver kata ada kawan dia yang mati bila makan ubat yang dibeli dari Negara China!  Dia kata ada yang betul dan ada yang penipu.  Takut punya pasal terusss buang siot!  Membazir betul rasanya.  

Balik dari acara urut mengurut kita orang terus dibawa untuk menonton Chinese acrobatic yang begitu popular di China di Chaoyang Theater.  Memang menarik jugak dan rasa berbaloi gak la menonton.  Akupun dah tak ingat berapa bayaran masuknya.   


Sebenarnya lebih mudah ada pemandu pelancong dan ada pemandu yang boleh bawa ke sana dan ke sini.  Tapi yang tak menariknya bila tempat yang kita tak nak pergipun kita terpaksa pergi dan waktu yang dibagi pulak amatlah terhadnya.  So keesokan harinya kami dah plan untuk bergerak sendiri dengan bantuan Roger, pekerja hotel tu.

Dan apakah yang berlaku seterusnya?  Ikuti perjalanan aku seterusnya di Dingin D'Beijing Part 3 dan yang terakhir di SINI!  Lagi panas beb, lagi biol!  Hehehe