Monday, 5 March 2012

GUA NIAH

Tanggal 24 Feb 2012, sekitar jam 9.30am aku bergerak dari Miri Marriot Resort & Spa ke Gua Niah.  Aku sewa kereta Waja dengan harga RM180 sahaja.  Kat dalam dah ada minyak RM20.  Aku tambah jer lagi RM30 dan jalan ikut map yang dibagi dek pekerja hotel bernama  Andrew.  Masa memula Andrew yang berhubungan dengan kawan aku Hana.  Aku terbayangkan Andrewni orangnya pastilah berkulit putih, hensem dan sasa.  Dan pagi tu bila aku jumpa Andrew:  badan dia cam Afdlin Shauki siot!  Kalau muka comel cam Afdlin masih ok lagi.  Hehehe.  Jangan marah eh Andrew.  You baik sangat sebenarnya.  Banyak bantu kita orang.  You dapatkan kereta, siap bagi map dan lampu suluh lagi.  Tq, tq!

Sampai di Niah National Park Headquarters dalam jam 10.45 pagi.  Ambil gambar dan beli tiket masuk.  Dewasa RM10 seorang.  Kanak-kanak bawah 7 tahun free.  Dari situ kena naik sampan melintasi sungai berair keroh yang dikatakan ada buaya.  Tambang RM1 seorang.  Dekat jer sebenarnya.  Kalau berenangpun boleh sampai tebing sebelah sana.  Itupun kalau tak dibaham buayala...hehehe. Sampai kat seberang, kita orang minum pepsi dulu.  Ambik tenaga kononnya.  Di situ jugak rupanya Jabatan Muzium Sarawak.  Tapi tak berghairah pulak nak masuk.  Tambahan mengenangkan nak berjalan jauh.  Jimat tenaga weh.  Hehehe  



Cuaca kat Miri ni memang panas giler.  Panas ya amat!  Katanya sebab dekat sangat ngan laut.  Walaupun bawah pokok, tapi dia punya bahang memang tak boleh nak tahan.  Peluh dah membasahi badan walaupun belum lagi berjalan.  Mula-mula aku panic gak sebab tak ada orang lansung.  Ni kalau ada apa-apa, kita orang duk jerit kat tengah hutan, memang tak ada sapa yang boleh dengar.  Setakat monyet ngan kera jer la yang tahu.  Risau gak aku.  Dahla bawak anak.  Jalan punya jalan tak sampai-sampai jugak.  Anak aku Aeziepun dah penat dan mula merengek.  Nak tak nak terpaksa naikkan dia kat stroller Izmir.  Dah berat pulak nak tolak dua-dua orang sekali gus.



Sampai kat tengah jalan baru ada sekumpulan budak yang turut sama nak naik Gua Niah.  Tapi depa sibuk ambik gambar.  Ulat sekor jumpa kat jalanpun depa duk amik gambar.  Aku amik gambar ulat mengawan jer...hehehe


Dalam 1 jam 15 minit sampailah aku ke kaki Gua Niah.  Kena plak naik tangga dan dapatlah jengah sikit apa yang ada kat gua.  Nak masuk ke dalampun tak boleh sebab kena tolak stroller.  Ingatkan kat atastu adalah kedai minum atau boleh lepak-lepak sambil pekena teh tarik.  Hehehe.  Haram!  Apa kedaipun takde!  Dapat penat jer la.  Amik gambar dan rehat sekejap sebelum bertolak turun.  Masatu dah nak gelap.  Takut hujan plak tengah jalan.  Bukannya bawak payungpun.
Pergi balik berjalan kaki amik masa 2.5 jam!  Rasa nak patah lutut aku.  Rasa serik plak nak datang lagi.  Masalahnya sebab bawak anak.  Aeziepun bukannya tahu apa.  Tak hepi pun.  Kalau nak pi tempat-tempat cam gini kenalah pergi berlenggang kangkung tanpa bawak anak.  Baru boleh xplore gua.  Dalam guatu boleh jalan dalam 4.5km!  Bukan boleh bawak stroller.

Nak tahu lebih lanjut tentang Gua Niah, sila klik kat SINI


1 comment:

  1. salam..datang sini ziarah...finally jumpa juga blogger yang datang gua ni bawa anak kecik... tengah cari info pasal gua ni.. you help me a lots..thnk youuuuu

    ReplyDelete