Hujung minggu semalam tetiba gatal kaki nak berjalan pulak. Lagipun cuti sekolah. Aezie dah sibuk cakap nak pergi jalan dan tido hotel. Hari Jumaat bincang dengan kawan aku Hana. Dia cadangkan pergi Kuala Linggi. Kuala Linggi? Apa yang ada? Entah! So dalam tak tahu tak tahu tu, kawan aku dapatkan tempat bermalam. Yang penting ada tempat tinggal. Lain-lain belakang kira.
So hari Sabtu, 10/3/2012, dalam kul 1.45 petang, aku dan kawan aku bertolak ke Kuala Linggi dari Nilai. Ikut hinghway Plus dan exit tol Port Dickson. Keluar kat Telok Kemang. Kami minum air tebu dan makan goring pisang dan kuih dulu kat area Telok Kemang. Dari Eagle Range tak berapa jauh. Dalam 8km kalau aku tak salah. Terus susur ke Kuala Linggi. Aku sukakan pemandangan kampung yang cantik dan amat bersih! Sedap mata memandang. Teringin rasanya duduk kat kampung yang macamtu.
Tepat jam 4pm kami sampai ke tempat penginapan. Sebenarnya tak jauhpun. Cuma jam sikit masa kat highway dan aku bawak ketepun slow sebab nak tengok pemandangan. Jiwang siottt! Hehehe. Berhenti minum petang jer dah dekat satu jam. Pertama kali tengok tempat penginapan yang diberi nama Desa Balqis, hati terus tertawan! Sikit aku tak sangka boleh duduk kat tempat yang macamni. Selalu duk hotel pun bosan gak. Sesekali duduk dalam suasana kampung memang nostalgia beb! Lagipun murah meriah. Maklumlah dalam kegawatan sekarangnie. Hehehe
Desa Balqis ni tepi jalan jer. Dia ada beberapa rumah yang dibagi nama Rumah Pak Long, Rumah Atuk, Rumah Nenek dan ada jugak Bilik Kakak, Bilik Adik dan macam-macam lagilah. Kalau ikut brochure dia rumah yang paling besar ialah Rumah Pak Long. Ada 3 bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur. Sewaan dalam RM550 semalam. Ada astro dan aircond. Kita orang duduk kat bilik Kakak dan bilik Adik jer. Kalau hari biasa RM80. Cuti kalu, RM130 semalam. Lain-lain semuanya dah habis disewa. Bilik kakak dan bilik adik tu merupakan dua bilik yang bersambung dengan 1 bilik air di tengah-tengah. Bilik kecik jer tapi cukuplah untuk aku dan Aezie. Siap kelambu tuuuu....Dan ada air panas, ada peti sejuk dan tv walaupun kecik.
Yang menariknya, rumah kat sini design dia dan di tengah-tengah ada taman rumput yang dijaga dengan cukup baik. So bebudak boleh bermain petang-petang. Walaupun mengekalkan ciri-ciri kampung, tapi ada swimming pool wa cakap luuu.... Cantik dan ada taste owner tempat nie. Rumah diapun ada kat situ jugak, cuma katanya dia duduk KL. Sesekali jer balik ke situ. Kalau nak buat bbq pun ada tempat disediakan. Memang bagus kalau nak datang dengan keluarga reramai.
Aezie & Izmir
Desa Balqis ni ada pantai dia sendiri. Cuma aku tak pasti kalau boleh mandi atau tak sebab nampak macam banyak batu jer. Tapi bersih dan menariklah pantai dia. Dan lagi yang paling best, sarapan depa hantar ke bilik! Kelakar sebab depa hantar pakai dulang dan pinggan cara kampong! Air teh pun depa letak kat dalam jug plastic yang biasa kita tengok kat rumah kampung. Memang nostalgia betul. Untuk sarapan pagi tu, depa bagi 4 bungkus nasi lemak, kuih apam yang dipotong besar 4 keping, kuih karipap 4 biji dan teh o satu jug. Memangla tak habis sebab orang besar Cuma 2 orang jer. Aezie pun tak nak makan.
Tak jauh dari Desa Balqis ada tempat ikan bakar terapung. Dalam 2 km jer. Namanya Restoran Terapung Ikan Bakar Fort Supai. Aku suka dia punya sotong goreng tepung. Sedap. Ikan bakar punya sambal kicap pun boleh tahan. Restoran ni ada dua bahagian. Satu kat dalam bangunan dan satu lagi tempat terbuka yang boleh nampak laut. Cuma malam tu hujan renyai-renyai, jadi semua duduk kat dalam. Masa aku dah nak balik, memang penuh restoran nie. Meja tetiba jer keluar entah dari stor mana.
Ada dua tempat ikan bakar sebenarnya. Satu lagi agak jauh sikit dari desa Balqis. Dalam 8km kalau tak salah. Namanya Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru. Terapung jugak. Cuma kat sini ada banyak kedai makan yang kita boleh pilih. Suraupun disediakan. Cuma yang menarik dekat tempat ikan bakar yang ini ada tempat nelayan dan sampan berada di kiri kanan jambatan ke arah tempat ikan bakar tu. Dan ada sekali Pasar Nelayan yang kita boleh beli ikan kering atau produk laut yang lain.
Secara keseluruhannya aku puas hati dengan percutian semalam di Kuala Linggi ni. Dan ada rasa untuk kembali semula bila bosan-bosan duk kat Nilai. Dan pasti pilihan aku ialah Desa Balqis!! Pehh aku punya promote Desa Balqis memang gila. Macam aku ada share pulak. Ni kalau datang sekali lagi sure owner dia kasi free sebab aku bantu wat promosi. Hehehe.
Jumpa lagiiiii......
Salam,
ReplyDeleteTumpang tanya..rest terapong tu harga dia camana?..ada org kata mahal.
Tks,
AA
Hi AA. Terima kasih sebab singgah di blog nie. Untuk makan di rest terapong tu harganya amat berpatutan. Lebih murah berbanding makan di Umbai, Melaka.
ReplyDeleteEsok nk g survey...blh berbike dgn hubby.
ReplyDeleteAda lagunya dengan tajuk Balqis dinyanyikan oleh Endang S Taurina. Sila cek di youtube. Taip Balqis Endangs taurina.
ReplyDeleteDesa Balqis pernah menjadi shooting location pada drama tv Cikgu Kemisah Kirkby dan sangat cantik
ReplyDeleteTkasih sudi share. Sy memang dah lama nak g tempat ni tp x jumpa2. Cam na nak g sana dr plus hiway kl? tq
ReplyDeleteexit tol P.D.then trus mghala ke p.d. smpai bulatan p.d amik g melaka. lepas jambatan tg agas@ sempadan melaka n.9, amik sgnboard g kuala sungai baru.pah tu tgk belah kanan DESA BALQIS jln mghala ke kuala sungai baru
DeleteCam best jek
ReplyDeleteBg kaki pancing ada x Port memancing?
ReplyDeleteThank You and that i have a nifty proposal: What Was The First Home Renovation Show remodel old house
ReplyDelete