4 hari 3 malam aku lepak di Miri Marriot Resort & Spa dan ini merupakan salah sebuah hotel yang terbaik yang pernah aku tinggal kat Malaysiani. Mula-mulatu risau jugak kalau hotel yang dipilih tak menarik, maklumlah, ini kali pertama menjejaki Miri. Nak jugak rasa selesa. Aku amik bilik yang ada 2 katil queen dan ruang untuk anak bermain-main. Dekat dengan swimming pool. Dan swimming pool dia....pehhhh terbaekkk beb!
Tapi bila anak aku mandi, nampak macam dia sorang jer yang kulit kaler hitam. Lain-lain mat saleh.
Aku tengok memang rasanya 85% yang tinggal kat hotelni orang dari luar Negara. Tak tahulah depa datang kat Miri sebab apa. Sebab rasanya bukan banyak sangat tempat nak melawatpun kalau kat Miri ni. Kalau ada yang kaler macam aku, mesti orang Brunei. Orang tempatan ada jugak sikit.
Lagi yang menarik perhatian aku ialah tempat makan dia. Zest Restaurant. Aku paling suka sebab ada buah banyak dan ada pelbagai fresh juices. Aku dah tentu-tentu amik lemon jus. Rasa lega perut bila minum. Makanan untuk sarapan dia memang banyak dan pastinya enak buk!
Pekerja hotelpun baik-baik dan peramah belaka. Senyom sokmo. Walaupun satu haritu Izmir duk muntah melambak sampai habis karpet dan terberak cair kat dalam restaurant tu, depa duk diam dan senyum jer. Nak wat camana dah Izmir tak sihat. Dalam hati dia orang mungkin menyumpah seranah, manalah aku nak tahu. Tapi yang penting, senyum teruussss....
Cuma pagi hari pertama tu aku terperanjat gak bila pekerja restoran tu bagi bil kat aku dan katanya breakfast tak include dalam penginapan aku. Terbeliak gak bijik mata sebab kena bayar RM156.00 untuk dua dewasa dan 2 kanak-kanak. Sekali makan beb! Gila kau nak bayar semahal tu untuk sarapan! Masa dapat bil tu aku selamba jer sign. Dalam hati menyumpah gak. Tapi rupanya tak perlu bayar, memang dah termasuk dalam kos penginapan. Legaaa....
Dan yang paling tak disangka-sangka rupanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun bermalam kat hotel yang sama. Tapi bukanlah sebelah bilik aku. Kalau sebelah bilik, mahu gak aku ketuk bilik dia. Hehehe. Apa lagi aku paksalah anak aku ambik gambar kat kereta rasmi TPM. Kesian dia, tak tahupun kete sapa yang mama dia duk suh bergambar.
Tapi hotelni memang bestla. Lokasi dia pun menarik jugak. Dari airport Miri hanya 10 minit perjalanan je. Bandar Miripun hanya sekankang kera dari hotel. Kalau nak pi ke Gua Niahpun boleh ikut jalan utama kat depan hotel. Memang senang banyak. Ada shutter bus lagi kalau nak pi shopping complex yang disediakan dek hotel ni. Pendek kata aku berpuas hatilah dengan segala-galanya di Miri Marriot Resort & Spa.
Sepanjang di Miri aku melawat GUA NIAH, TAMU MUHIBBAH, THE GRAND OLD LADY dan MIRI HANDICRAFT CENTRE. Semuanya aku catatkan di entry seterusnya.
Miri....Barangkali bukan lagi satu pilihan percutian untuk yang akan datang. Sekali datang sudah memadai......
No comments:
Post a Comment